Tuesday 11 October 2011

Favouritisme & Zalim Pintu Belakang

"Have you ever considered applying for work at Petronas? You said here your father works at Petronas. Surely he can get you straight to HR Department..."

"I did consider trying to apply to Petronas. But then, the fact that my father is inside Petronas made me justify otherwise. If I was able to secure something just because I know someone inside, because I have some kind of godfather (read = lobbyist) in the organisation, then there's no challenge to that. I will not be assessed based on my capacities..."


Pagi tadi saya pergi interview kerja di Swanston Street. Alhamdulillah, Allah memberi ruang. Ini interview pertama permohonan kerja dalam bidang kejuruteraan. Soal jawab di atas tu merupakan sebahagian daripada temubual pagi tadi. Sebenarnya, soalan ini tak dijangka, tapi Alhamdulillah jawab juga.

Saya nak ajak merenung dengan lebih mendalam soal jawab di atas tu. Secara umum memang ada ethical reasons kenapa saya tak suka masuk ikut pintu belakang. Tapi ada sebab lain juga...KEBARANGKALIAN BERLAKU ZALIM.

Macam mana tu?

Setiap organisasi menetapkan piawai - piawai tertentu yang perlu ada pada pemohon - pemohon yang ingin menyertai mereka. Tiba - tiba orang yang diberi tawaran langsung tidak ada piawai - piawai yang diperlukan, tetapi kerana ada 'orang dalam', sekaligus membelakangkan orang yang sudah sedia ada menepati ciri - ciri yang diperlukan?

Tidakkah itu zalim namanya, apabila orang yang lebih berhak diketepikan dan diberi ruang kepada orang yang tak sepatutnya kerana ada pengaruh dalaman semata - mata?

Zalim = Tidak memberikan sesuatu itu haknya yang sebenar.

Situasi - situasi seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat hari ini apabila favouritism mengatasi meritokrasi.

Bayangkanlah, jika sesebuah institusi menyenarai pendekkan 100 orang daripada beribu - ribu pemohon untuk diserap, tiba - tiba kita minta kenalan di institusi itu untuk memasukkan nama kita dalam senarai 100 orang itu. Secara logiknya, untuk memasukkan nama, kenalah buang salah seorang daripada senarai itu.

Tak pernahkah kita terfikir bahawa kita tetap kena tanggung kerugian yang dialami oleh hamba Allah tu selama mana kita masih hidup?

Tak pernahkah kita terfikir dalam kita memperoleh sesuatu dengan cara yang tidak sepatutnya bahawa Allah akan menguji kita? Bahawa kita terdedah kepada fitnah dan aib sebagai hukuman atas perbuatan kita?

Fikir - fikirkan lah...



"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."
[Al-Anfaal, 8:25]

Wednesday 5 October 2011

Mimpi Di Kala Malam

Semenjak beberapa minggu ni aku sering bermimpi perkara yang sama. Mula - mula mimpi tengah dukung dua budak kembar yang dah nak tidur. Kemudian mimpi tengah kejar seorang budak sambil dukung seorang lagi budak. Dan begitulah corak mimpinya.

Budak - budak yang aku dok dukung itu tidak lain tidak bukan Idris, Hasan, dan Husin bin Haznizul; anak - anak Maulana (Ustaz) Zul dan Kak Filah.

Akhir Ramadhan baru - baru ini mereka sekeluarga pulang ke Malaysia setelah Kak Filah tamat pengajian PhD.

Bukan satu perkara yang menghairankan bagi aku dok mimpi pasal tiga orang budak tu. Walaupun Hasan dan Husin aku tak lama sangat dok bermain - main dengan mereka, tetapi Idris aku dah dok jaga, kejar sepanjang 2 tahun aku berada kat Melbourne. Satu - satunya budak kecik kat Melbourne yang aku tak teragak - agak nak sambar kalau nampak dari jauh. Anak orang lain aku segan sikit.

Anyhow, I've had a good time tending to Idris for the past two years and the twins during the last weeks of their stay in Melbourne