Monday, 5 January 2009

Wanita & Durian

(Kepada si sahabat yang tak suka baca artikel panjang - panjang/suka baca sekerat jalan, boleh skrol terus kepada artikel berwarna hijau... :p)


Pagi tadi, sebelum berangkat meninggalkan Kuala Kangsar pulang ke Subang Jaya, aku sembang kejap dengan Opah, memandangkan semalam aku tiba menjelang Maghrib, dan terus masuk tidur selepas makan malam kerana memaksa diri memandu dalam keadaan baru kebah demam.

"Awak ni, apa kehe cepat benor nak balik. Duduk le sehari dua lagi. Batuk awak pun tak hilang lagi." kata Opah.

Aku balas,

"Bukannye tak mau. Dah Abah dok tanya bila nak balik..."

"Kat Pulau Pinang tu ye ler, awak dok rumah orang. Dok rumah Opah lain ceritenyer. Bukannya rumah orang lain pun; rumah Abah awak jugak. Ada ler kawan Opah kat rumah ni ha." kata Opah.

"Ate, urusan dengan UiTM Pulau Pinang dah selesai, yang kat Shah Alam tu tak selesai lagi. Tu yang berkejor sikit."

"Hmm, yelah. Kot ye pun, balik le belah petang. Boleh Opah masak tengahari."

"Karim kena balik pagi, sebab nak singgah Behrang jenguk tanah Abah tu. Dah lama benor tak jenguk. Nak ambik bil ayor, api kat rumah nu ha. Lagipun, kena sampai rumah sebelum petang. Kalau idak, sesak jalan orang balik koje. Lain ler masa dok Pulau Pinang dulu; bila - bila boleh bertolak."

"Ada berbuah ke pokok - pokok kat Behrang tu? Pokok - pokok durian tu?" tanya Opah.

"Entah. Takde dikenangkan deme (penjaga tanah) pun. Durian, yang pokok liar tu aje ler yang rajin berbuah. Lepas kena petir kemarin, tak merasa durian pun. Yang tanam tu, kata arwah tok Ibrahim kemarin, ada berbuah sekali, tapi dikoje kera, melepaslah."

"Pokok yang tanam tu, Opah yang semai dulu. Tapi, kat rumah le; tanam dalam beg hitam tu. Abah awak balik Kuala, dibawaknye ke Behrang bagi 'cik Ibrahim tanamkan kat sana. Pokok durian ni, tak boleh mesin kelilingnya. Rosak akar, tak berbuah le. Tu yang orang tua kata, tebas pokok durian. Kena jaga elok - elok etc. ...."

Tengah Opah dok cerita pasal durian tu, yang aku terkenangkan pasal satu ungkapan yang aku buat berasaskan kepada kerenah pokok durian.

Biasanya, di dalam mana - mana buku atau majalah sekalipun, bila menyebut perihal wanita, wujudnya macam - macam jenis ungkapan:

"Wanita ibarat bunga"

"Wanita penyeri kehidupan"

"Tangisan wanita adalah mutiara"

...dan macam - macam lagi.

Namun, bagiku, sejauh mana benarnya ungkapan - ungkapan ini sekalipun, by the end of the day, ianya berbalik kepada satu ungkapan sahaja:

"WANITA IBARAT POKOK DURIAN"

Mengapa aku kata begitu? Mari kita menyelami hakikat pokok durian itu tersendiri...

Pokok durian, mengikut orang tua - tua, adalah amat sensitif. Bagi memastikan ianya berbuah dengan baik, ianya perlu dibelai dengan 'penuh kasih sayang'. Batang pokoknya tak boleh ditetak.

Demikian juga akarnya. Kalau hendak buang lalang di keliling pokok, mesti ditebas. Tak boleh dimesin. Takut terkena akar. Pun juga, tidak boleh menggunakan racun. Jahanam beliau.

Pada masa yang sama, tidak boleh dinyalakan api bersebelahan dengannya (dibaca: membuat unggun api).

Kalau dilanggar pantang larang di atas ini, maka 'merajuklah' pokok durian, lantas tidak berbuah.

Demikian juga halnya dengan wanita. Secara kasarnya, Kalau jaga, baiklah. Kalau buat hal dengan dia, haa siaplah hang!

Secara mendalam, ciptaan Allah yang bernama wanita ini adalah amat fragile (mudah pecah). Nak jadi baik senang, jadi yang sebaliknya pun senang. Maka, untuk mereka menjadi baik, haruslah dijaga dengan baik, dipelihara dengan baik, dididik dengan baik.

Maka, jadilah kalian dari kalangan wanita yang baik - baik. Allah jadikan kalian sebagai contoh sebaik - baik insan, bukannya sebagai pelesit yang menggoda hati manusia yang lalai.

Jangan marah naa...

No comments: