20 September 2009 merupakan hari di mana umat Islam di serata dunia menyambut hari kemenangan...kecuali beberapa lokasi yang menyambutnya sehari lebih awal, atau lebih lewat.
Tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut Aidilfitri bersendirian di perantauan, jauh dari tanahair. Pada awal pagi ini, memang wujud perasaan sayu. But then again...who doesn't on their first time, eh?
Solat Aidilfitri anjuran persatuan - persatuan pelajar Malaysia diadakan di St. Ambrose Hall di Brunswick. Solat dijangka bermula pada jam 9.30 pagi. ICV mula pada jam 7.00 pagi. Masjid di Newport, sejurus selepas subuh. Aku dan Syed Marwan berjalan dari rumahnya di Drummond Street sehingga ke Elizabeth Street, dan dari situ kami menaiki tram nombor 19 ke Sydney Road (Brunswick).
Selepas solat, serta khutbah Aidilfitri, maka ada jamuan di situ. Dalam keadaan orang lain sibuk mencari - cari, berpeluk - pelukan dengan rakan - rakan mereka, aku pulak tak tahu nak cari siapa. Yang kenal, dah peluk siap - siap dah. Maklumlah, baru 2 bulan turun kapal.
Dalam aku merewang sendirian di dalam dewan itu, maka terserempaklah aku dengan Ismail Amsyar. Ismail merupakan kenalan sewaktu di UiTM Shah Alam dahulu. Sewaktu minggu orientasi, kami di antara yang naik turun pentas; beliau sengan sesi tilawah Al-Quran, aku dengan sesi baca doa. Kali terakhir bersemuka dengan beliau adalah pada tahun 2007, sewaktu aku datang bercuti di Melbourne.
Namun, melihatkan beliau, aku menjadi terkejut beruk. Ismail yang aku kenal dahulu sihat dan tegap orangnya. Ismail yang aku lihat sekarang, very frail looking dan bertongkat. Aku bertanyakan pada beliau akan keadaannya. Ismail menyatakan bahawa dia dah 2 tahun mengidap Arthritis.
Aku pun menjadi seram sejuk, kerana mengenangkan diri yang baru sahaja pulih daripada gout. Namun sedih melihatkan si Mail, kerana Arthritis beliau satu badan. Setelah bersembang - sembang, maka pergilah aku mengadap hidangan...what's left of it.
Tengah - tengah makan, jumpa pula Lutfi Hakim, rakan lama sewaktu sekolah menengah, juga menuntut di Melbourne. Kali terakhir aku jumpa beliau ialah sewaktu aku mula - mula sampai di Melbourne.
Selesai jamuan, dan setelah seorang demi seorang mula beransur pulang, Ustaz Zul ajak ikut pergi beraya. Maka sepanjang hari ikut ustaz, isteri, serta 3 orang sahabat aku kulu kelior beraya.
Mula - mula, kami ke dewan komuniti dekat - dekat dengan kawasan Pascoe Vale (...???). Di situ ada majlis rumah terbuka anjuran komuniti Melayu Melbourne. Melihatkan gelagat mereka, aku membayangkan mereka adalah PR dan juga warga Singapura. Selesai, kami singgah di rumah ustaz Zul sebentar untuk berehat dan solat.
Selepas itu, kami pergi beraya di Bundoora, utara kawasan Melbourne. Tuan rumahnya merupakan PR, namun berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang, dan berkahwin dengan bekas askar Australia.
Selesai, kami ke Clayton pula yang terletak di tenggara Melbourne, juga berpusatnya Monash University untuk beraya di rumah Abang Hanif. Di rumah inilah yang aku berasa selesa sikit dan kurang malu (bukan tak tahu malu!!!) kerana dikelilingi orang - orang serta sahabat - sahabat yang aku kenal dan rapat. Sinonimya macam beraya di Parit; empat rumah opah saudara di sepanjang jalan, paling selesa beraya di rumah Opah We, sebab biasa sangat bertandang ke rumah tu. Kalau kata aku berlari - lari dalam rumah tu, orang tak hairan.
Sesampai di Clayton, dah hampir Maghrib. Maka kami melantak di laman, solat Maghrib di Monash Uni punya masjid yang terletak di hujung jalan, dan berangkat pulang ke pusat bandar Melbourne. Sesampai di Drummond Street, jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Maka, aku naik ke rumah Zaim dan Syed Marwan, solat Isyak, kemas beg dan terus ke Melbourne Central lantas menaiki keretapi Werribee Line dan terus pulang ke Altona.
2 Syawal
Hari ini hari Isnin. VU tak bercuti. Minggu depan baru cuti. Maka ada kuliah. Pagi itu aku berasa agak pelik, kerana sudah lumrah aku akan beraya selama seminggu (mengikut tradisi Melayu). Tapi, raya kedua pergi kuliah.
Kuliah hari itu hanyalah dari jam 11 pagi sehinga ke jam 1 petang (paling lewat lah). Habis sahaja kuliah, aku ke pusat bandaraya. Sesampai sahaja, maka jihad pertama aku adalah mencari beg sandang baru. Beg yang sedia ada, dah terputus tali, dan aku dah naik rimas jalan berdengkot sebab bergantung pada satu tali sahaja. Beg itu aku beli di Korea dengan harga $10 kira - kira 2 tahun sebelum ini.
Niat aku nak cari di Victoria Market. Namun, sesampai sahaja aku di perhentian tram Vic Market, mulut ternganga 10 inci. Macam mana aku boleh lupa??? Hari ini hari Isnin, Market tutup!!!
Aku cari pula di kedai - kedai komputer. Paling murah, Aus$ 80. Tak nak! Akhir sekali, aku ke Big W di La Trobe Street, maka berjumpalah aku dengan satu beg yang harganya dalam lingkungan Aus$30. Besar pun besar, Kalis air. Sesuai nak bawak laptop kulu kelior.
Selesai itu, aku ke Drummond Street. Selepas Maghrib, aku ikut Syed Marwan ke majlis sambutan Aidilfitri di Monash Uni kampus Parkville, yang terletak di antara pusat bandaraya dan Brunswick. Majlis ini adalah anjuran Ikatan Mahasiswa Muslim Malaysia (ISMA). Setelah makan, bersembang - sembang, melihat persembahan silat, persembahan karaoke (>_<), aku bergegas pulang ke pusat bandar, dan menuju ke stesen keretapi Flinders Street lantas pulang semula ke Altona.
4 Syawal
Hari ini hari Khamis. Aku telah menjemput seorang rakan Muslim bernama Khalili datang ke rumah. Dia merupakan warga China. Sehingga ke hari ini aku menyesal tak memaklumkan padanya akan berakhirnya Ramadhan. Sungguhpun Muslim, aku dapati beliau kekeliruan tentang kewajipan agama, oleh kerana sudah terlalu lama tidak beramal dengan sebaik - baik amal.
Namun, setelah slow-talk dengan beliau, maka beliau bertekad untuk kembali mengamalkan kewajipan - kewajipan asas, dan aku akan membantunya dari amsa ke semasa. Pada hari itu, aku mengajar beliau kembali tentang bagaimana berwudhu'...alang - alang dah nak masuk waktu Maghrib. Aku berpesan padanya supaya datang balik hari Jumaat, supaya aku boleh bawa beliau pergi solat Jumaat di Newport.
6 Syawal
Hari ini hari Jumaat. Aku membawa Khalili ke Masjid Newport. Satu kekurangan buat beliau adalah bahawa masjid itu berkhutbah di dalam bahasa Arab, kecuali tazkirah ringkas dalam bahasa Inggeris sewaktu berhenti di antara dua khutbah; merumuskan kandungan khutbah kepada mereka yang tak fasih berbahasa Arab. HAmpirnya rumah aku dengan amsjid ini, memberi peluang untuk memahirkan semula bahasa Arab yang telah lama ditinggalkan.
Namun, bagi Khalili, ini adalah permulaan langkah - langkah awal untuk beliau kembali membiasakan diri dengan ibadah - ibadah khusus Islam. Cuma, dari masa ke semasa kena ikut perkembangan dia. Takut kalau, lepas macam tu je, dia balik ke keadaan asal.
No comments:
Post a Comment