Dua hari yang lalu, sedang aku membaca status Facebook orang, aku terpaku pada satu status. Status itu menyatakan bahawa seorang sahabat aku yang aku kenal sewaktu belajar di Permatang Pauh berada di hospital di dalam keadaan kritikal, yang mana beliau hanya mempunyai 30% peluang untuk selamat. Beliau mengidap denggi berdarah.
Mula - mula ingatkan lain orang. Tapi bila terfikir balik, berapa banyak sangat orang dengan nama itu. Maka, aku bertanyakan sahabat - sahabat di Malaysia mengenai hal ini. Sah orangnya.
Hari ini, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan pergi menghadap Penciptanya. Aku hanya mampu duduk terdiam. Nak pergi ziarah, aku beribu batu jauhnya berjuang di negara orang. Beberapa jam selepas berita kematiannya, datang pula lagi satu berita mengatakan bahawa opah saudara aku juga telah kembali ke rahmatullah.
Hari ini, aku berada di dalam keadaan cukup tak tenang, resah.
Sahabat aku itu bernama Anis Amirah Ahmad Lutfi. Aku mengenalinya sewaktu tahun terakhir pengajian di Permatang Pauh. Secara umumnya, kami mengenali beliau sebagai seorang yang kecoh - kecoh.
Aku juga mengenali beliau sebagai seorang pencinta sastera. Tak kurang juga penulisannya yang aku biasa baca.
Kali terakhir aku jumpa beliau, sewaktu kenduri kecil - kecilan di rumah seorang sahabat berhampiran dengan kampus. Sewaktu itu, aku kembali ke Permatang Pauh untuk berjumpa dengan sahabat - sahabat aku buat kali terakhir, sebelum aku berangkat ke Melbourne untuk melanjutkn pengajian.
Siapa sangka, dalam aku kembali untuk berjumpa mereka, salah seorang daripada mereka aku takkan jumpa lagi buat selama - lamanya. Almarhumah berusia 22 tahun pada tahun ini. Melihatkan usianya sahaja boleh tahu dia peringkat adik. Selama ini aku sangka, adik - adik aku yang akan melihat aku pergi dulu.
Tapi Allah lebih mengetahui.
Selalu aku sebut, kehidupan mahasiswa di Pulau Pinang merupakan kenangan yang paling manis, yang takkan dapat dilupakan, baik alamiyyah mahupun ukhuwwah. Malam aku meninggalkan Pulau Pinang selepas tamat peperiksaan akhir merupakan malam yang sedih buat aku. Sepanjang pemanduan menghala ke selatan, aku mengenangkan kembali peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang tahun.
Aku meninggalkan kampus Shah Alam tanpa sebarang kenangan manis. Kini di Melbourne, secara logiknya kehidupan di negara orang lebih manis kenangannya. Hakikatnya, aku masih tak lekang daripada mengingati Pulau Pinang serta sahabat - sahabat di sana. Melbourne masih tidak ada kenangan yang setanding, melainkan hanya kenangan alamiyyah.
Bila mereka dalam gembira, aku tumpang gembira. Bila mereka dalam duka, aku turut merasainya. Dan peristiwa kematian ini sememangnya menguji ketabahan diri. Sebak rasa bila mengetahui sahabat - sahabat lain menanti di luar wad hingga ke subuh.
Bahkan, di kalangan mereka juga menempuh perjalanan merentas negara di kala malam untuk berada bersama - sama dengan sahabat mereka yang sedang tenat.
Kami yang berada di luar negara hanya mampu menanti berita perkembangan melalui e-mel dan sms. Sepanjang penantian berita, ada yang berdiri tak tenang duduk tak puas, badan terketar - ketar, makan tak lalu, masak tak terdaya, merisaukan sahabat yang akhirnya telah pergi. Hanya doa dan kata - kata semangat yang mampu kami lakukan.
Semoga pemergian almarhumah pemergian husnul-khatimah, semoga ditempatkan di kalangan orang - orang beriman.
Selamat tinggal adik dan sahabatku, buat selama - lamanya.
Al-Fatihah.
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Sunday, 18 July 2010
Saturday, 10 July 2010
Ukhuwwah: Setulen Manakah Ianya Pada Diri Kita?
Setelah hampir setahun mental seolah - olah tersumbat, kini ianya bebas untuk merenung hakikat alamiyah...
Ukhuwwah; satu perkataan yang tak terasing dari kamus kehidupan kita. Sebut sahaja ukhuwwah, kita tahu ianya ada kena mengena dengan ikatan silaturahim sesama manusia.
Tahun 2005 - 2006 seingat saya dahulu merupakan tahun yang pekatnya dengan artikel - artikel dan ungkapan - ungkapan mengenai ukhuwwah. Siapa tak lupa pada ungkapan Ukhuwwah fillah abadan abada, ukhuwwah fillah membawa ke jannah. Siapa juga tak lupa pada artikel Cinta Anta Anti karangan Maszlee Malik.
Tahun 2005 - 2006, saya masih seorang mahasiswa di UiTM ketika itu. Dan pada usia muda ketika itu serta serba jahil dalam bab - bab ini, saya tak nafikan saya antara yang menyahut seruan - seruan ini dalam keadaan tak tahu ke mana halanya.
Saya tak mahu fokus pada definisi ukhuwwah, kerana semua sedia maklum akannya. Tapi, saya mahu fokus pada mentaliti terhadap hakikat ukhuwwah itu. Seringkali kita diingatkan oleh rakan - rakan, sahabat - sahabat kita untuk menguatkan, melahirkan, mengeratkan ukhuwwah sesama kita.
Hakikatnya benda itu tak menjadi pada ramai orang. Mengapa?
Antara sebabnya, ukhuwwah itu dijadikan satu bentuk material; satu kewajipan yang tercetak di atas rang undang - undang, perlembagaan. Ukhuwwah itu menjadi objektif utama wujudnya sesebuah aktiviti/program, sedangkan ukhuwwah itu letaknya di kalangan objektif sampingan.
Ukhuwwah itu satu bentuk fitrah yang wujud dalam diri setiap orang. Dan untuk menghasilkan ukhuwwah yang sebenar - benar ukhuwwah mestilah dengan kehendak diri, bukannya secara paksa rela atau birokrasi. Ukhuwwah yang lahir secara paksa rela ibarat enjin sejuk yang dibawa merentas lebuhraya; ketat dan tesengguk - sengguk.
Antara sebab lain ialah faktor kasta. Kerana perbezaan sejarah, latarbelakang, 'maqam', maka kita menjauhkan diri kita dari orang lain, dan hanya bergaul dengan mereka yang 'setaraf' dengan kita.
Apa yang istimewa sangat pasal diri kita hatta kita menyisihkan diri dari orang lain? Tidakkah manusia itu semuanya sama di hadapan Allah?
Ukhuwwah itu benda semulajadi, dan hanya boleh dijana secara semulajadi. Ukhuwwah yang wujud dalam diri kita, hanya kita sahaja yang boleh jana menjadi setulen - tulen ukhuwwah, bukannya melalui kertas kerja, bukannya melalui arahan berwajib, bukannya program - program mahabbah, perpaduan, ikatan kasih dsb.. Sepatutnya program - program seperti itu tempat kita membawa produk ukhuwwah yang dijana, bukannya tempat baru nak jana ukhuwwah.

Wednesday, 3 December 2008
Rehlah @ Sedim, Kedah
Pada awal pagi Selasa, seangkatan rombongan terdiri daripada 18 orang sahabat (termasuk seorang yang ponteng praktikal...ceroi punya budak) berangkat meninggalkan Permatang Pauh di dalam 3 buah kereta, dan 4 buah motorsikal memasuki Lebuhraya Butterworth-Kulim menuju ke Lata Sedim, kira - kira sejam perjalanan.
Setibanya kami di tapak perkelahan, kami meredah tebing sungai menghala ke hulu bagi mencari kawasan yang lebih sunyi, kurang atau tiada orang. Kawasan yang kami temui, terletak bersebelahan dengan tapak "Flying Fox". Arus sungai boleh tahan derasnya. Kalau angkat kaki dari dasar sungai, boleh hanyut.
Aksi paling mencabar yang dilakukan, adalah cubaan membuat satu halaqah (bulatan) di dalam sungai, bermusuhkan arus deras Sungai Sedim (lihat klip video). Hatta, beberapa kali terputus talian manusia di dalam usaha mencapai satu bulatan. Namun, yang paling berjaya ialah semi-halaqah :).
Amat menyedihkan bagi salah seorang sahabat, apabila cermin mata beliau hanyut dibawa arus sungai kelior (arah hilir). Nasib baik beliau bukan salah seorang dari kalangan pemandu, dan nasib baik kuasa cermin hanyalah 200+.
Selesai meronyeh di dalam sungai, kami naik ke tebing dan menjamu selera (dibaca: melahap, mentekedarah) spaghetti semangkuk dua. Selesai makan, niat baik nak terjun semula ke dalam sungai. Namun, mengenangkan perut berisi, takut termuntah - muntah dan merosakkan suasana bagi orang - orang yang sedang barmandi - manda nun di hilir sungai. Maka, kami pun menyalin pakaian dan bersiap untuk pulang.
Sedang kami berkemas, seorang ranger datang bertandang lalu bertanyakan siapa ketua di kalangan kami. Maka jari - jari ditudingkan ke arahku (mangkok!!!). Lalu, bersembanglah aku dengan sang ranger, dan mendapati bahawa kami berkelah di kawasan larangan (kawasan reserve Flying Fox), dalam ertikata lain, telah menceroboh.
Aku menjelaskan bahawa kami datang melalui pesisiran sungai, dan bukannya melalui kaki lima yang disediakan pihak taman. Setelah mendengar penjelasan aku, barulah beliau faham macam mana kami boleh terlepas pandang notis larangan yang terletak di tepi kaki lima, yang terletak nun di atas bukit, lantas menjelaskan sejarah wujudnya notis larangan itu.
Selesai berkemas, bergambar, dan memasukkan barang - barang ke dalam bonet kereta, kami berangkat pulang ke Permatang Pauh. Kami tiba di rumah serentak dengan berkumandangnya azan Zohor. Sungguhpun letih, namun rehlah ini amatlah bermanfaat, khususnya di dalam mengeratkan silaturahim si antara kami yang akan meninggalkan Pulau Pinang, dan mereka yang masih belum tamat pengajian.

Monday, 1 December 2008
SRIBU Smart Camp @ Sedim, Kedah
15 November kelmarin, aku menyertai SRIBU Smart Camp sebagai seorang fasilitator. Ini kali pertama aku menjadi fasilitator. Ianya dianjurkan oleh SRIBU (Sekolah Rendah Islam Bahrul 'Ulum) yang terletak di luar pekan Permatang Pauh.
Pengarahnya ialah ustaz Mohd. Yusni Mat Piah, merangkap mudir SRIBU, serta Timbalan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Smart Camp ini disertai kira - kira 200 peserta berumur di antara 7 hingga 12 tahun (lelaki + perempuan), 28 orang fasilitator (muslimin + muslimat) yang datang dari pelbagai institusi; UiTM, USM, Institut Perguruan Tengku Bainun, Maktab Mahmud Alor Setar, dan Universiti Al-Azhar Mesir, serta sebilangan urusetia, ustaz, ustazah & kakitangan SRIBU.
Program ini berlangsung di Sedim, Kedah...kira - kira 45 minit perjalanan dari Permatang Pauh.
Aku tak tahu apa nak diceritakan tentang program ini. Tapi, apa yang aku tahu, ini kali pertama aku terlibat menguruskan budak - budak kecil...15 orang sekumpulan!!! 15 kerenah, 15 fe'el, 15 ragam. Nasib baik satu kumpulan ada dua fasilitator. Dan, memandangkan aku satu - satunya anak lelaki dalam keluarga aku, tiada abang, tiada kakak, entah macam mana, hati aku yang 'brutal' boleh jadi lembut...wujud perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Al-maklumlah, budak - budak bawah aku lelaki belaka. 22 tahun aku hidup, aku mengadap adik - adik perempuan aku aje.
Apa - apapun, program ini amat - amat bermakna buat diri aku, dan mudah - mudahan diberi peluang menyertai program seperti yang ini pada masa hadapan...

Subscribe to:
Posts (Atom)