Monday, 20 April 2009

Malulah wahai Melayu

Dalam beberapa tahun ini, kita melihat dari kalangan beberapa tokoh politik tanahair yang bukan beragama Islam membaca potongan ayat Al-Quran di khalayak ramai.

Bermula dengan YB N. Gobalakrishnan yang sering melafazkan wamakaruu wamakarallah, wallahu khairul maakiriin (Mereka merancang, dan Allah merancang. Dan Allah jualah sebaik - baik perancang).

Selepas PRU-12, muncul pula YAB Lim Guan Eng mengingatkan akan amar ma'ruf nahi munkar.

Baru - baru ini pula, sewaktu kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, muncul pula YB Nga Kor Ming dengan melafazkan innallaha ya'muru bil'adli wal ihsan (Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berlaku adil dan ihsan).

Selaku yang beragama Islam, seharusnya perkara ini dibanggakan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka dicerca pula. Siapa yang mencerca? Sekelompok Melayu dari golongan puak - puak haprak yang tak sedar diri.

Kadang - kadang, aku bertanya pada diri; mangkuk - mangkuk yang dok mencerca ni baca Quran ke pun? Pelihara isi kandungannya ke pun? Yang aku nampak, pertikaikan adalah. Kena pulak, yang memangkinkan (catalyzer) tak lain tak bukan golongan P.U.P. (Persatuan Ulama' Pengampu).


Aku terkejut apabila dapat tahu ada sekumpulan mala'un yang gatal pergi membuat laporan polis terhadap YB Nga kerana melafazkan ayat Al-Quran. Hina benor ke, Yeop?

Apabila Islam dimusuhi, maka dikata mereka jahil. Didekati, disuruh duduk jauh - jauh pula. Tak bangang punya kerja ke?

INGAT!!!

Jangan kita lupa akan iktibar - iktibar darihal yang silam, khusus lagi sejarah Islam. Jangan kita lupa kisah Umar Al-Khattab r.a.; tentang bagaimana beliau memasuki Islam.

Kerana terdengar adiknya membaca Al-Quran, beliau menjadi terpegun, dan terpikat setelah melihat dengan sendirinya akan isi kandungan kalamullah itu. Lantas beliau terus memeluk agama Islam.

Kelemahan orang Melayu, ialah apabila mereka gagal memahami dan mengambil iktibar daripada sejarah peristiwa silam.

Di Malaysia, kalau puak fanatik Melayu tidak memberi ruang kepada yang bukan beragama Islam untuk mengenali Islam, maka bagaimana pula hendaknya Islam itu berkembang??? Puak - puak ini sering mengutuk Yahudi, tetapi mereka 'mewarisi' tabiat Yahudi dengan melakukan perkara - perkara seperti ini.

Malulah sedikit wahai Melayu. Engkau menjauhkan diri dari agamamu, namun engkau dengki terhadap mereka yang cuba mendekatinya. Engkau meninggalkan ajaran Al-Quran dan sunnah yang sepatutnya menjadi panduanmu, lalu mengikut telunjuk duniawi. Namun, engkau menghina mereka yang cuba mempelajarinya, dan cuba menyamakan mereka dengan Yahudi yang melakukan perkara sama demi menyesatkan umat Islam.



Ingatlah wahai Melayu. Allah telah berkehendakkan negara ini mengambil Islam sebagai agama rasmi. Engkau yang telah mengabaikan ini, dan kerana itu, kesannya jelas kelihatan pada hari ini. Maka janganlah engkau gatal - gatal mengaitkan pihak lain. Engkau yang mengabaikan Islam pada awalnya, maka tanggunglah engkau akan akibatnya.

Jangan jadi jakun di negara sendiri.

No comments: