Monday 27 July 2009

Hijrah ke Melbourne - Ketibaan

Kalau dahulukala, perjalananku ke bumi orang dihuraikan sebagai KEMBARA. Kini perjalananku dihuraikan sebagai HIJRAH.

18 Julai 2009, jam 8.15 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setelah bersalaman dan berpelukan dengan mak, abah, nenek, opah serta saudara - mara lain, maka dengan lafaz Bismillah aku melepasi laluan penumpang menuju ke kaunter imigresen sebagai memulakan perjalananku menempuh kehidupan di bumi orang.

Setelah enam bulan aku 'bercuti', akhirnya aku bakal bergelar mahasiswa buat kali kedua. Dan kali ini, perjuanganku bertempat di Melbourne, Australia.

10 tahun lebih merancang, 8 bulan membuat saringan, 2 bulan menanti proses pendaftaran serta pengecualian kredit. Pada malam itu, Allah telah mengizinkan serta memakbulkan hajatku. Bermula dari kaunter imigresen sehingga ke Satellite Building, aku berdebar - debar. Setelah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan selama di UiTM, tak ku sangka akan berjaya sampai ke tahap ini.

Namun, ini bukanlah penyudah perancanganku. Bahkan, perjalanan baru sahaja bermula.

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Melbourne-Tullamarine International Airport pada jam 7.00 pagi (5.00 pagi waktu Malaysia). Setelah melepasi kaunter imigresen, kaunter tuntutan bagasi, serta kaunter deklarasi, aku muncul di Pintu Ketibaan lantas disambut oleh wakil universiti yang akan membawaku ke tempat penginapanku.

Aku telah menempah kediaman sementara di Student Village. Namun, kerana aku tiba pada hari Ahad, maka aku terpaksa bermalam di hotel selama satu malam. Sebelum berangkat ke Melbourne, aku telah uruskan hal ini. Maka, dari lapangan terbang, aku dibawa ke Footscray Motor Inn & Service Apartments yang terletak sekangkang kera dengan kampus Victoria University.

Setelah selesai memasuki bilik, mandi, dan menunaikan solat, aku bersiap untuk keluar mengambil angin. Hajatku ingin ke kota Melbourne. Namun, kerana masih kuat diselubungi jet-lag (satu fenomena di mana kita berada di negeri orang, sedangkan orientasi fizikal kita masih mengikuti waktu tanah air kita), aku memutuskan untuk hanya merayau di pekan Footscray.

Footscray merupakan salah satu sub-bandar Melbourne. Kawasan ini didominasi oleh orang - orang Vietnam. Kiri kanan, jelas terpampang kedai - kedai orang Vietnam. Di dalam pekan ini juga terdapat dua kedai daging Halal, serta beberapa restoran Halal. Aku mengambil peluang ini untuk makan tengahari, memandangkan sarapan pun belum disantap.

Pada malam itu, aku masuk tidur pada jam 7.15 malam. Oleh kerana sekarang musim sejuk, maka Maghrib menjelma pada jam 5.20 petang, disusuli dengan Isyak pada jam 6.50 petang. Boleh je nak tunggu sampai malam sikit baru tidur. Tapi kerana dilanda keletihan yang teramat sangat, aku terus terlelap.

Pagi esoknya, aku mendaftar keluar dari hotel, dan menaiki teksi menuju ke Student Village di Maribyrnong, di mana aku akan menetap sementara mencari kediaman kekal. Sewaktu di kaunter pendaftaran, aku amat terkejut bila mendapati bahawa kadar bukanlah $35.00 sebulan seperti yang disangka, tetapi $25.00 semalam!!!!!!!

Itu lebih kurang $750.00 untuk sepanjang tempoh 30 hari aku akan berada di situ. Adui, ceroi!

Setelah ditunjukkan unit kediaman, dan setelah berehat, bersiap, dan bersolat, aku keluar semula menuju ke Universiti untuk mengikuti sesi orientasi yang hanya berlangsung pada hari itu sahaja.

Hingga ke saat nukilan ini dikirim, masih belum jumpa kediaman. Adapun cadangan - cadangan daripada beberapa pelajar Malaysia yang sedang membuat Masters di sini, maka telah berlaku salah faham kerana sumber mereka mengenai aku lari sikit.

Disangka mereka bahawa aku adalah pelajar Masters yang datang ke Australia membawa sekali anak dan isteri, sdeangkan kedua - duanya aku masih tak miliki.

Mudah - mudahan Allah mempermudahkan bagiku....



















Saturday 11 July 2009

The Day When My Family Members Leave To Venture

About three weeks ago, my younger sister, Atiqah left home to further her studies. Next weekend, the 18th of July, it will be my turn to leave home for the same reason. But this time, it's not Shah Alam, nor is it Permatang Pauh, but far away in Melbourne, Australia where I'll be spending the next two years pursuing my degree studies.

For the last few weeks, I've been bloody busy getting my stuffs together, packing my clothes and necessary items, finalising my application, applying for a student visa, performing a medical checkup, booking a flight ticket, surveying Melbourne and its suburbans, and browsing for accommodation (one the Education Office has yet to settle).

Eventhough these few weeks were busy and stressful for me, I had to be cautious of my health. This is because I'm still on the verge of recovering from gout. The last thing I want to do, is to board my flight holding a walking stick, as how I did during my early stages of gout.

I still have two months of medication before I am due for another blood test to analyse the uric acid level in my blood. My local GP, Dr. Nasir has given me a 2-month supply of medication, plus emergency medications should I encounter acute arthritis.

Since this weekend will be the last for me and my family, I plan to spend it by taking my other younger sisters, Amanina and Sakinah for a stroll. Being the only male child in the family, and the eldest, it is not usual for me to perform so, as it was Atiqah who usually brought them for outings.

But then, since they won't have outings for quite sometime, I thought I'll just do it anyway. Besides, what've I got to bear? Besides sneering at credit card promoters at shopping malls who taught that I was a daddy bringing along his two 'daughters' for walkies. That's why I never go out much with my sisters. Besides, I don't usually go for outings unless necessary.

Hey, I lead but a simple life. I wake up every morning smiling; no debts to settle, no girlfriends that need pampering and feeding at posh restaurants, no fashions and trends to keep up with. The best entertainment for me, is to take my key and drive around kampungs, take a stroll on the wide paddy fields or by the seaside (when in Penang), or just to blog on the internet.

Friday 10 July 2009

Maka Terturunnya Wasiat

Minggu lepas, sedang aku buat kerja - kerja aku di komputer ribaku, adik bongsu aku menyerbu masuk bilik aku.

"Karim! Sekolah Kinah (Sakinah) buat persembahan nasyid minggu depan. Ustaz suruh kitorang cari lagu nasyid. Halaaaa....(rengek budak kecik) Karim ada lagu tak?"

Aku jawab,

"Tanya dulu Ustaz nak lagu apa, lagu macam mana. Kaset 'ngan CD dah simpan dalam kotak. Ada mp3 je."

"OK. Karim, Kinah kena main alat gendang. Karim ada tak?"

Aku terdiam bisu sekejap. Lalu, aku bergerak ke arah almari dan mencapai bahagian atasnya. Setelah membelek - belek secara membuta, maka tanganku tercapai suatu objek, lalu kubawanya turun. Ianya merupakan gendang bongo yang digunakan oleh kumpulan nasyid lamaku, Fi-Sabilillah kira - kira 6 tahun yang lalu. Dulu, aku turut mempunyai 2 biji kompang serta satu tamborine, kesemuanya milikku.

Kini, semuanya berada pada seorang bekas rakan sekumpulan yang meminjamnya bertahun - tahun dahulu, dan masih belum memulangkannya.

Lalu, gendang tadi aku serahkan kepada adikku. Setelah 6 tahun hidup di dalam persaraan, akhirnya perkhidmatannya diperlukan semula, kini oleh adikku.

Aaaahhh...the good old days....