Wednesday, 25 February 2009

Aku ketakutan...

Semalam, genap sebulan aku mengikuti training di Petaling Jaya. Tinggal lagi sebulan sebelum aku 'khatam' dan insyaALLAH masuk kerja (sungguhpun mereka menjanjikan kerja, aku masih tak lekang daripada mencari kerja - kerja bidang kejuruteraan.

Dalam tempoh sebulan ini, walaupun aku kelihatan huha-huha, hakikatnya jauh di dalam diriku, aku ketakutan. Apa yang aku takutkan...?

"Mu'amalat" (Batasan pergaulan lelaki dan perempuan).

Ya...mu'amalat, yob. Teman takut benor tang situ. Asal ceritanya begini...

Selepas beberapa siri sesi pengenalan diri, maka aku telah diklasifikasikan sebagai 'alim' (entah mana datang idea tu...). Pada peringkat awalnya, aku ditakuti kerana klasifikasi itu. Namun, melihatkan aku bukan jenis menyepi, maka aku didekati.

Akan tetapi, sampai ke satu tahap, sebahagian daripada mereka seolah - olah tidak lagi menghormati aku dari segi batasan pergaulan.

Kadang - kadang aku naik seriau bila jadi hal ini. Seriau kerana, ada masa - masanya tatkala aku seolah - olah akan turut serta. Namun, Alhamdulillah, dalam aku leka, aku cepat sedar akan hakikat itu, dan mampu menarik diri.

Empat tahun aku duduk di dalam dunia UiTM, empat tahun aku berada di dalam pertubuhan agama, empat tahun aku berhampiran dengan orang - orang arif agama. Setelah meninggalkan semua itu, menempuh dunia ini berseorangan, aku telah lupa bagaimana keadaannya 'dunia luar'.

Aku telah lupa bagaimana suatu masa dahulu aku bijak berdepan dengan hal ini...atau adakah pada waktu itu aku masih mentah dan belum boleh membezakan antara baik dan buruk?

Entahlah. Mudah - mudahan Allah menunjukkan jalan bagiku.

2 comments:

Anonymous said...

reality yg perlu dihadapi bila berkerja

Anonymous said...

inilah reality suasana bekerja.. sentiasa kena ingat 'matlamat tidak menghalalkan cara' + x putus hubungan dengan sahabat2..