Beberapa hari yang lalu, saya terbaca satu artikel di Harakahdaily, menyatakan bahawa Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Behrang, di dalam tempohnya sebagai wakil rakyat KEADILAN ada menyebarkan khabar angin menyatakan bahawa Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Haji Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin adalah 'patung boneka' parti DAP.
Seingat saya, Jamaluddin bersama - sama dengan Datuk Ngeh Koo Ham serta YAB Menteri Besar adalah calon - calon Menteri Besar Perak yang baru ekoran kemenangan Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu.
Jamaluddin oh Jamaluddin...mengapa dengan dikau, wahai Ludin?
Adakah engkau di dalam kesedihan yang teramat kerana tidak dicalonkan? Sungguhpun engkau hanya sekangkang kera daripada menjadi orang teratas negeri Perak?
Jamaluddin oh Jamaluddin...
Tidakkah engkau sedar? Andaikata engkau yang menjadi Menteri Besar sekalipun, nescaya engkau juga akan turut dilabel 'patung boneka' DAP.
Entahlah, Ludin. Aku malas nak layan perangai engkau.
1 comment:
nta tulis mcm bersuara aje.
geli hati bc ayat last tu
Post a Comment