Sunday, 15 March 2009

Buah hatiku...

Pagi semalam (Sabtu), aku pergi ke pejabat IDP di SS 15 untuk mendapatkan maklumat - maklumat pengajian peringkat ijazah di Australia.

Dalam perjalanan pulang, aku ternampak Addy (mekanik aku) tercagkung di luar kedainya sambil membaca Nanyang Siang Pau. Lalu aku teringat; buah hatiku (kereta aku...well...secara teknikalnya amanah abah) tidak sihat semenjak dua menjak ini. Alang - alang Addy tengah tak ada pelanggan, baik aku hantar kereta aku.

Tetapi, pada waktu itu, sku sedang membawa kereta lain. Maka, aku bergegas pulang ke rumah dan menukar kereta.

Aku memang tahu ada minyak menitik dari gearbox, tapi apabila diangkat kereta, aku ternampak benda lagi dahsyat. Rupanya buah hatiku mengalami kesakitan yang lebih mendalam.

Aku ternampak bahagian dalam tayar belah kanan ada kesan minyak terpercik. Apabila aku melihat drive joint, aku ternampak ada kesan hentakan, dan minyak gris meleleh - leleh.

Aku tunjuk kat Addy, dia tanya aku,

"You ada langgar barang ka?"

Aku jawab aku tak ada langgar apa - apa sejak kali terakhir aku servis drive shaft tu. Hasil kesan hentakan itu, drive joint itu pecah, dan tayar bergoyang - giyang. Maka, nak taknak, kena tukar langsung bendalah tu.

Aku bertanyakan 'kos rawatan' untuk menyembuhkan buah hatiku. Jumlah:

RM 420/=...itupun, sebab aku pelanggan setia (walaupun setahun aku di Permatang Pauh) dia caj workmanship sekali sahaja, serta tidak mengenakan harga untuk minyak gearbox.

Aduuii...koyak den. Malas aku nak buat muka tebal depan mak mintak duit servis. Pakai duit aku ajelah...

No comments: