Sunday, 30 August 2009

Hikmahnya aku ke Victoria University

Sewaktu di Malaysia, aku sering ditanya akan Universiti yang akan kupergi kelak. Bila disebut Victoria University, maka naik pening sang bertanya. Kalau sebut RMIT University, UniMelbourne, Monash University, belum habis sebut dah tahu di mana. Tapi VicUni...???

Lantas terhumbanlah pelbagai persoalan,

"Kat mana Universiti tu?"

"Diiktiraf ke?"

"Cemana boleh ke sana pulak?"

Tak lupa juga kepada komen,

"Masa aku tanya Uni mana yang bagus - bagus, diorang rekemen X, Y, Z. Tapi takde la diorang sebut Victoria Uni pulak..."

Bila ditanya kepadanya akan jurusan yang ditanya, maka jelaslah bukan jurusan kejuruteraan. Nak aje aku lepuk kepala beliau.

Ya, saudara...memang tak ramai di Malaysia yang mengenali Universiti ini. Publisitinya di Malaysia pun tak seberapa. Namun, apabila aku bertanyakan Universiti yang sesuai untuk bidang kejuruteraan, Universiti ini salah satu daripada yang dicadangkan.

Ketahuilah, lain bidang, lain Universiti yang disyorkan. Adakah anda akan bertanyakan kursus perubatan di Institute of Art & Design? Sudah sekali tidak!

Maka, bagaimanakah boleh aku mendarat di Universiti ini? 10 tahun perancangan, 8 bulan menyelidik, dan 2 bulan menyaring yang telah membawa aku ke VicUni.

Selama 10 tahun, aku meletakkan matlamat untuk menyambung pengajian di luar negara. Dalam 10 tahun ini juga aku telah menyenarai pendekkan negara - negara yang sesuai berdasarkan geografi, demografi, serta kestabilan ekonomi dan politik.

Menjelang berakhirnya zaman aku di UiTM, aku mula membuat penyelidikan ke atas universiti - universiti di negara pilihan; UK, Kanada, Australia, dan New Zealand. Pada peringkat awalnya, Kanada dan New Zealand telah dibuang; Kanada kerana tidak ada MoU dengan mana - mana universiti di Malaysia dalam bidang kejuruteraan. New Zealand kerana IELTS diperlukan.

Maka tumpuanku adalah pada UK dan Australia sahaja. Kelebihan bagi kedua - dua negara ini adalah tidak perlunya kepada IELTS, memandangkan UiTM menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Tambahan, pengalaman bersekolah di UK memudahkan urusan memohon ke sana. Setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan, maka muncullah senarai berikut:

United Kingdom


  1. University of Sheffield
  2. Manchester Metropolitan University
  3. University of Portsmouth
Australia


  1. University of New South Wales
  2. University of Newcastle
  3. RMIT University
  4. Victoria University
  5. University of South Australia

Seterusnya, aku menilai setiap universiti darihal berikut:

  1. Yuran
  2. Kualiti pembelajaran
  3. Kebajikan pelajar Islam
Setelah disaring, maka tinggallah University of Portsmouth, RMIT, VicUni, UniSA, dan Newcastle Uni. Namun pada saat - saat akhir, aku membuang RMIT daripada senarai ekoran isu musolla di kampus Swanston.

Aku ada cuba pertimbang semula RMIT. Namun, seolah - olah takdir Allah aku tidak dapat memohon ke RMIT. Ini kerana, setiap kali aku ke EduFair, ada sahaja yang akan mengganggu aku daripada ke kaunter RMIT, antaranya barisan yang panjang gila, ataupun tidak ada orang yang jaga kaunter sewaktu orang tak ramai.

Berbanding dengan yang lain, permohonan berlaku dengan pantas. Ada hikmah...

Dua minggu kemudian, keluarlah keputusan. Alhamdulillah, semua universiti menawarkan tempat. Cuma, memandangkan aku memohon proses pemindahan kredit, kena tunggu lagi sebulan. Langkah seterusnya adalah untuk ke ibupejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin untuk bertanyakan pengiktirafan kerajaan.

Didapati bahawa untuk UK, hanya Masters sahaja yang diiktiraf ekoran pertindihan silibus serta tempoh antara UK dan Malaysia baru - baru ini. Pihak JKR turut mencadangkan Australia kerana kualiti pembelajaran di dalam bidang kejuruteraan. Maka dengan hati yang pilu, terpaksalah aku lupakan UK.

Kemudian aku ditunjukkan rekod pengiktirafan universiti. UniSA dan Newcastle diiktiraf sekitar tahun 1990-an ke tahun 2000-an. Namun VicUni...sejak 1972???!!! MasyaAllah! Rupanya VicUni ada nama lama, dan terkenal kerana bidang kejuruteraannya.

Sebulan kemudian, keluarlah keputusan pindahan kredit; Newcastle menawarkan 3 tahun, UniSA 2.5 tahun, dan VicUni 2 tahun. Maka setelah berbincang dengan mak, abah, VicUni lah pilihan.

Ketahuilah, dalam setiap fasa perancangan serta tindakan, aku tak lupa berdoa dan bertawakkal kepada Allah memohon ditunjukkan jalan terbaik. Walaupun agak liat nak terima VicUni pada awalnya, namun disebabkan aku telah berdoa, maka aku terima ini sebagai jalan terbaik yang Allah berikan.

Antara hikmahnya aku ke VicUni, disebabkan ramai yang lebih rela ke RMIT, Monash, UniMelb jika memilih untuk belajar di Melbourne, maka tak ramai pelajar di sini...khususnya dalam bidang kejuruteraan. Palajar tahun ketiga dalam bidangku hanyalah sekitar 20+ orang.

Tambahan pula, Universiti ini adalah Muslim-friendly. Kebajikan pelajar Islam dijamin. Dewan solat disediakan di setiap kampus, sekali dengan solat Jumaat. Semua makanan di kafeteria mereka menggunakan hanya daging Halal.

Namun, setiap kebaikan sudah tentu ditemani dengan pengimbangnya. Kampus aku terletak di kawasan Footscray, 'perkampungan' Vietnam. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan yang 'keras'; dengan gejalanya, samsengnya dll.. Boleh kata, sewaktu tiba di sini, aku didedahkan kepada Melbourne yang aku tak sangka wujud berbanding dengan ketika aku datang pada tahun 2007.

Namun, pendedahan ini telah membuat aku lebih berwaspada, tidak terlalu selesa, dan juga mengentalkan diri dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan selama di sini. Walaupun pada peringkat awal agak melemahkan semangat. Namun, as time goes by, sedikit demi sedikit aku mula membiasakan diri dan memberanikan diri.

Alhamdulillah, kini aku tak berapa nak hairan sangat jika bertembung dengan puak - puak ini. Sungguhpun demikian hazar (berhati - hati) adalah satu kemestian.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, I just read your blog. I'm thinking of studying at Victoria University tapi nak study Master of Communication - campus City Flinders. Tapi ramai cakap yang VicUni ni tak famous sangat untuk budak2 scholar.. membuatkan saya ragu2 untuk nak terima offer (baru dapat today). Adakah uni ni betul2 diiktiraf oleh kementerian pendidikan? Ada nak tanya jpa tapi tak tertanya-tanya..

Arzussauq said...

Wa'alaikumussalam.

Memang VicUni tak berapa popular di kalangan budak2 scholar, sebab ramai prefer ke RMIT, UniMelb, Monash, Swinburne. Tambahan, publisiti di Malaysia agak kurang sikit, melainkan School of Business di Sunway College.

Saya tak tahu mengenai Communication, saya cuma tahu kursus kejuruteraan saya diiktiraf sejak 1972, paling lama berbanding uni2 lain di Melbourne.

Kalau ragu, boleh rujuk wakil International Office, Julius Chow di alamat juliuschow@yahoo.com

Sebut nama Abdul Karim, ex-UiTM, Engineering student @ Footscray Park Campus, batch July 2009.

All the best.