Tadi, aku pergi menunaikan solat Isya' di masjid berhampiran dengan rumah aku. Dah lama tak solat berjemaah di masjid. Tambahan, waktu malam tak ada kerja, nak keluar...keluar ke mana? Aku ni bukannya gemar sangat merayau di shopping complex yang bertimbun - timbun di sekitar Subang Jaya dan Petaling, melainkan kalau ada benda yang hendak dicari, atau kalau nafsu makan satu macam.
Anyhow, lepas solat Isya' tadi, bertakbirlah sekalian jemaah masjid. Dan sedang bertakbir inilah aku kenangkan kampung, dan di situ aku teringat satu peristiwa. Peristiwa yang mana aku menyaksikan khutbah 'Eidul Fitr yang tercantik setakat ini.
Ianya merupakan 'Eidul Fitr tahun 2006, juga raya terakhir buat almarhum Atok (meninggal 7 bulan kemudian). Tahun itu, giliran beraya di kampung Mak di Kampar, Perak. Sepertimana semenjak dahulukala, kami akan menunaikan solat di Masjid Jamek Kampar (beralih kepada Markaz PAS Kampar...tahun berapa, aku tak ingat, gara - gara tindakan majlis ugama islam Perak yang menarik balik status masjid, melarang kuliah - kuliah, serta tiada saluran kewangan).
Adapun Masjid An-Nur yang lebih dekat dengan Taman Melayu Jaya yang lebih baru (est. 1989), kami lebih rela ke Masjid Jamek, kerana kawasan sekitar itu tempat almarhum Atok dilahirkan membesar. Tambahan, Atok, aku, Abah dikenali oleh kariah masjid, sebahagiannya pernah menjadi anak murid Atok.
Khatib jemputan adalah seorang insan yang mana setahun setengah kemudian diberi gelaran Menteri Besar Perak. Ya, beliau adalah Ir Mohd. Nizar Jamaluddin, anak jati kampung di mana terletaknya masjid tersebut.
Pada waktu itu beliau, kalau menurut YDP PAS Kampar, masih merupakan jurutera di Pulau Pinang. Di dalam khutbah beliau, khutbah pertama menyentuh tentang hal ehwal semasa yang melibatkan umat Islam (IFC, SIS, Lina Joy, Amina Wadud, Astora Jabat dll.).
Khutbah kedua yang menarik perhatian aku, yang mana beliau menyatakan (lebih kuranglah...),
"...pada hari ini, takbir raya hanya dilaungkan oleh tekong - tekong muzik yang merdu suara mereka. Umat Islam sudah lupa asalnya takbir raya itu..."
Hakikatnya, memang itulah yang berlaku. Ramai yang sudah lupa sebab asalnya kita diseru bertakbir pada kedua - dua hari raya. Ada yang menganggapnya sebagai budaya Melayu, sepertimana tuntutan berpuasa itu. Kerana tidak tahu, tidak memahami, dan tidak menghayati asal - usul takbir itu, maka tidak menghairankan apabila bertakbir, semua pakat buat suara lesu, macam nak tak nak aje bertakbir. Semua pakat tidak bersemangat.
Takbir tak bersemangat, maka wujud keinginan nak balik cepat, terkenangkan lemang dan ketupat di rumah, nak bypass khutbah raya (walaupun aku tak nafikan sesetengah khutbah memang cukup memualkan). Kalau khutbah raya pun 'ponteng', sia - sia aje kau keluar rumah ke masjid menunaikan solat.
Maka, apabila kita bertakbir, janganlah kita bertakbir sepertimana orang baru bangun tidur. Takbir itu melambangkan kemenangan umat Islam. Kalau menang pilihanraya, arak bendera satu pekan. Semangat pulak. Apa kurangnya dengan mengenangkan kemenangan Islam?
Fikir - fikirkanlah sendiri...
1 comment:
moga enta pun boleh jadi macam ir.nizar jugak.nampak dari keserasian wajah dah ada,cuma kena kurangkan sedikit keberatan dalam badan^^
salam jihad......
Post a Comment