Di dalam dunia ini, ada dua kaedah memandu kenderaan; memandu di sebelah kiri, atau di sebelah kanan. Negara - negara Komanwel dan beberapa negara lain memandu di sebelah kanan, manakala yang selebihnya memandu di sebelah kiri. Mengapa berlaku begini?
Al-kisah...kalau tak silap lah...
Pada zaman kerajaan Rom, apabila tenteranya berjalan, mereka berjalan di sebelah kiri jalanraya dan memakai pedang mereka di sebelah kanan. Ini supaya mereka lebih bersedia andaikata diserang di tengah - tengah perjalanan.
Sementara itu, kerajaan Perancis di era Napoleon Bonaparte melakukan perkara yang sama, tetapi berjalan di sebelah kanan, pedang di sebelah kiri. Ini menjadi asas kepada sebab sesetengah negara memandu di sebelah kiri, dan sesetengah lagi di sebelah kanan.
Sewaktu menetap di United Kingdom dahulu, kami sekeluarga kerap menyeberang Selat Inggeris ke negara - negara Eropah. Pada waktu itu, tidak ada masalah bertukar dari sebelah kiri ke sebelah kanan, kerana feri menjadi pengantara...tahu - tahu sudah berada di sebelah kanan jalanraya.
Secara umumnya tiada masalah memandu kereta Britain di Eropah, kecuali kalau memandu di jalan kampung, dan hendak memotong lori. But then again, potong - memotong jarang berlaku.
Di Malaysia, kita tidak berdepan dengan proses bertukar dari kiri ke kanan, kerana satu, melainkan ke Singapura dan selatan Thailand, rata - rata rakyat Malaysia jarang memandu memasuki negara jiran. Dua, negara - negara jiran yang berkongsi sempadan memandu di sebelah kiri sepertimana Malaysia.
Pagi tadi, aku ke Shah Alam untuk membayar bil air dan zakat harta abah. Selesai membayar bil, aku teringat...belum sarapan daa... Jadi aku singgah di Cold Storage untuk membeli air tin Green Tea, dan makanan untuk disantap di dalam perjalanan pulang ke Subang Jaya.
Namun, bila tiba bab makan, memang leceh, sebab aku berada di sebelah kanan, makanan di sebelah kiri. Maka berlakulah siri perpindahan makanan dari bungkusannya ke tangan kiri, dihulurkan ke tangan kanan, dan seterusnya ke dalam mulut. Nasib baik dari tangan kanan tak terlepas ke tangan jurutol...kalau jadi...tobat lain kali aku balik ikut Jalan Glenmarie.
Pada waktu itulah baru aku terfikir,
"Kalau aku memandu di sebelah kiri, banyak sunnah yang aku boleh accomplish dalam kereta..."
Contoh:
1. Makan/minum dengan tangan kanan
2. Masuk kereta dengan kaki kanan, keluar dengan kaki kiri
Aku teringat suatu ketika dahulu, ada seorang tabligh yang selalu solat di surau sekolah lama aku (masa cuti SPM, aku selalu lepak situ solat Maghrib dan Isya' bersama rakan - rakan alumni Badan Kebajikan Surau). Sungguhpun tempat duduk pemandu di sebelah kanan, beliau tetap akan melangkah masuk menggunakan kaki kanan.
Aku pernah cuba sekali, tobat tak nak buat dah! Tersimpul kaki aku.
Entahlah, yeop. Bak kata orang putih,
"Live life as it is."
"Live and let live."
No comments:
Post a Comment