Sebentar tadi, aku sedang mengemaskini laman blog aku, sementara pakcik aku sedang membaiki amplifier ciptaan beliau di hadapan sambil menonton berita. Kemudian, aku terpandang headline di skrin televisyen, 2 TAN. Aku pun cabut kejap headphone nak tengok apa bendanya.
Rupa - rupanya liputan dari Madinah Al-Munawwarah. Yang dapat aku tangkap, warga Malaysia antara pelanggan harian di kedai - kedai di Madinah. Tak hairan pun. Aku masak sangat perangai diorang.
Yang buat aku sakit gigi, apabila wartawan melaporkan bahawa jemaah haji turut menghantar barangan mereka pulang ke tanah air awal, pada kadar jumlah 2 tan sehari.
2 tan, weh!!! Itu jumlah berat 2 kereta sedan! Kalau naik kapalterbang, seorang penumpang terhad kepada 20kg kargo. Lagi memeningkan, haji belum mula lagi.
Nak beli, tak salah. Tapi, kalau sampai ke tahap kena hantar balik rumah siap - siap, melampaulah tu.
Ape kehe le deme ni? Naik nama bukan main seronok, bersyukur, tawadhu'. Sampai - sampai, terus buat perangai. Macam mana nak dapat haji mabrur ni?
Aku tak lupa lagi masa buat umrah tahun 2005 dulu. Makcik - makcik yang sekumpulan dengan aku; jangan kata mengumpat dan mengata kuat, beli - belah macam esok nak kiamat. Asal balik dari masjid, ada saja benda diangkutnya.
Seingat aku, yang buat penuh sesuatu kedai, ataupun majoriti yang berada di dalamnya tak lain tak bukan orang Malaysia lah.
Sebelum berangkat ke Mekah, mak pesan siap - siap kat aku, jangan kuat shopping. Dugaan memang kuat. Ini aku tak nafikan. Dari Masjidilharam nak ke hotel kena tembus Pasar Bumbung. Kiri kanan orang panggil masuk kedai. Kedai yang paling dahsyat ialah kedai Riyalaan (Kedai Dua Riyal; 2 Riyal ~ RM 2.00).
Alhamdulillah, dugaan itu dikawal oleh tiga hakikat:
1. Mak abah atau ahli keluarga tak ikut buat umrah. Jadi, kalau fulus (duit) habis, habislah aku.
2. Aku bertemankan seorang sahabat yang hampir buta; jadi kena pimpin dia ulang - alik ke masjid serta sewaktu ziarah sekitar Mekah/Madinah
3. Aku hanya membawa dua hand-luggage; satu untuk baju - baju aku, satu lagi untuk kain ihram. Jadi, ruang tambahan agak terhad.
Apa - apa hal pun, aku berdoa mudah - mudahan jemaah haji tahun ini, baik dari Malaysia, atau mana - mana sekalipun, memperoleh haji mabrur...bukan Haji Marlboro!!!
No comments:
Post a Comment