Wednesday, 5 November 2008

Maka berakhirlah peperiksaanku...

Selasa, 4 November 2008, dengan menyerahkan kertas jawapan Control Systems KEL 234, maka tamatlah secara rasminya peperiksaan akhirku untuk semester ini, seminggu lebih sejak tarikh rasmi bermulanya peperiksaan, yang juga diharap menjadi semester terakhir aku (mintak - mintaklah...).

Lalu, melangkahlah aku meninggalkan laman peperiksaan menuju ke kereta aku yang diletakkan di tempat letak kereta Pusat Islam, dan berangkatlah aku pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar, dan menatap kitab Crayon Shin Chan sambil menanti masuknya waktu Maghrib supaya aku boleh berbuka puasa.

Selesai solat Maghrib, aku berangkat pergi ke rumah sahabatku, Najmuddin. Beliau hendak pulang ke halamannya, lalu diminta supaya aku menghantarnya ke Terminal Feri Butterworth.

Jam 10 malam, aku bersama beliau, ditemani dengan Yusfizal (sahabat sewaktu di Shah Alam dulu) dan Mustapha yang tiba beberapa minit sebelum bertolak, berangkat ke Butterworth. Oleh kerana ada sejam lebih sebelum bas Najmuddin tiba, kami ke Bagan terdahulu, untuk menjamah nasi kandar Kamar Jahan.

Selesai makan, kami ke tepi laut di Pantai Bersih, Bagan Ajam. Tempat tersebut, bolah nampak skyline kota Georgetown di seberang laut. Angin yang bertiup, serta bunyi ombak menghempas pantai, sekaligus melepaskan aku daripada bebean peperiksaan akhir, serta beban yang aku tanggung semenjak bulan Jun dahulu, tatkala aku dimaklumkan perlu melanjutkan tempoh pengajian.

Pantai itu memang bersih di lokasi yang kami lewati. Namun, yang buat kotor ialah apabila ianya dikerumuni pakwe dan makwe yang datang memadu asmara di atas tembok, berpakaiankan sarung nangka dan baju pengemis.

Kebetulan, aku pakai jubah pada waktu itu (malas nak salin pakaian, menyangkakan setakat menghantar Najmuddin ke jeti sahaja). Aku melintas sepasang ayang dan aling, yang kononnya pasangan terbahagia di atas muka bumi ini. Mereka baru nak bercumbu, tetiba melihatkan aku sedang menenung ke arah mereka, terus bangkit terkial - kial tak tahu nak lari atau tidak. Hahahaha. Sungguh kelakar.

Selesai menghantar Najmuddin di jeti, aku menurunkan Yusfizal dan Mustapha di Permatang Pauh, dan terus pulang ke rumah bagi memulakan sesi bulan maduku.

No comments: