Malam tadi aku susah nak tidur. Terlalu banyak di fikiranku. Macam - macam yang difikirkan. Tambahan, bilik aku diguna orang lain, jadi aku sepatutnya tidur sebilik dengan sepupu aku. Namun, kerana takut digigit serangga halus yang berkerumun di dalam biliknya, serta keadaan biliknya, aku membentangkan tilam di ruang tetamu.
Aku ni, kalau bab tidur berkira sikit; bilik kena gelap, pengudaraan mesti 'cantik', baru senang lena. Tapi, tidur kat celah - celah sofa, dalam keadaan silau lampu tangga, tak tidur aku. Toleh punya toleh, tahu - tahu saja, dah pukul 5.15 pagi. Aku terus sambar tuala aku, pergi meronyeh dalam bilik air.
Sambil mengemaskan tilam, aku dok fikir; mana nak sembahyang subuh? Surau belakang rumah? Tobat tak bukak punya. Masjid Daerah Bandar Perda? Tak ada 'feeling'. Masjid Batu, Masjid Permatang Janggus? Jauh bebenor. Akhirnya, aku dapat idea; Masjid Kebun Sireh, lebih kurang 5 minit dari rumah, di kampung berhampiran. Di kampung ini juga Atok dikebumukan. Dah rezeki Atok 'landing' jauh dari kampung.
Selesai solat subuh, aku ambil angin kejap di luar masjid.
Ahhh...angin sepoi - sepoi bahasa, bunyi ayam berkokok. Kat KL tak merasa. Lalu teringat kepada Atok; masa kecil - kecil dulu, kalau balik kampung, Atok selalu bawak sembahyang suboh kat Masjid Jamek di Kampar. Lepas tu, Atok 'rasuah' aku pergi pekena teh tarik di Batu Mesjid, dekat - dekat dengan Tapah. Itu masa kecil dulu. Sekarang dah besar, Atok pun dah setahun lebih pergi menghadap Penciptanya.
Terlintas hajat nak ke kubur belakang masjid. Tapi hari masih gelap. Karang tak pasal - pasal silap kubur, entah dengan roh siapa aku dok 'sembang' pulak. Dah lah berterabur kubur kat situ, tanam ikut dan aje. Harapkan batu nisan aje jadi penanda.
Huaaaarrghhh...mengantuknya aku. Tunggu semua orang pergi kerja/kelas/sekolah, lepas tu, up, up and away!!! hehehehe.....
No comments:
Post a Comment