Friday, 7 November 2008

Islam: Di antara Negara Islam & Negara Atas Angin

Seorang ulama' Mesir yang dibuang negara kembali semula ke tanah airnya setelah 20 tahun menetap di London, England. Ditanya beliau akan kehidupannya, maka jawab beliau,

"Aku lihat Islam di England, tetapi aku tidak melihat Islam di Mesir."

Mungkin ramai yang tidak terbayang, apakah yang cuba digambarkan oleh ulama' tersebut. Bahkan, mungkin ada yang akan menafikannya, melihatkan hal - hal semasa yang berlaku.

Alhamdulillah, dengan rezeki yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada keluarga aku, aku merasa menetap di England, menjejak ke serata Eropah barat, U.S., Australia, Korea dan tak lupa juga negara - negara timur tengah.

Dan daripada pengalaman - pengalaman tersebut dapatlah aku menghuraikan sedikit sebanyak tentang apa yang dimaksudkan oleh ulama' di atas.

Apabila beliau menerangkan tentang kewujudan Islam di England, bukannya bermakna termaktub hudud dan qisas, tetapi termaktubnya the basic teachings of Islam.

Di Korea, aku bersembang dengan seorang warganya. Aku bertanyakan hal Korea dan warganya. Jawab beliau,

"Di Seoul adalah aman. Kita boleh berlegar - legar pukul dua tiga pagi tanpa rasa takut. Kalau kata kamu tinggalkan kamera kamu di mana - mana sahaja, balik dua tiga jam kemudian, ianya masih di situ. Orang - orang Korea, mereka takkan sentuh apa yang tiada kaitan / kena - mengena dengan mereka. Disiplin mereka memang kuat. Disiplin ini bermula daripada didikan keluarga. Di Korea, hukum menculik adalah samada mati atau penjara seumur hidup."

Aku juga memerhatikan, orang Korea memang sangat pembersih. Tandas - tandas awam mereka amat bersih, tiada sampah sarap di jalanan.

Mereka juga adalah orang - orang yang sopan. Jika sedang memandu, dan kita bagi ruang kepada pemandu lain memasuki lorong kita, mereka akan mengucapkan terima kasih dengan menyalakan lampu 'hazard'.

Kalau memasuki mana - mana bangunan tertentu, akan ada orang bukakan pintu sambil 'mengarut' bahasa Korea. Apa yang menarik, aku perhatikan di hotel aku, ada bangunan letak kereta di sebelahnya yang tertera "Ladies Only".

Di negara - negara Barat seperti UK, US, Eropah, Australia (walaupun tersesat di ceruk - ceruk Pasifik), bukan susah sangat nak hidup di kalangan warga - warganya. Buat baik kepada mereka, dan mereka akan melakukan perkara yang sama kepada kita.

Biasa terjadi apabila ada orang mengatakan bahawa layanan orang - orang tempatan di negara Barat amatlah teruk. Pada mulanya, aku hairan juga. Namun, kemudian baru aku memahaminya. Adapun layanan 'teruk' itu bukanlah kerana siapa diri kita, tetapi sikap kita terhadap mereka.

Sewaktu di Australia tahun lepas, pernah sekali aku tersesat, sebab bas yang aku naik terlajak jauh ke hadapan, jadi kena aku berjalan patah balik ke belakang. Aku nak cari di mana Melbourne Museum, jadi aku buka peta. Kemudian, ada orang perempuan datang kat aku,

"Are you lost?"

Aku jawab,

"Not really. The bus I rode stopped a few yards ahead, and I'm trying to get to the Melbourne Museum."

Dia jawab,

"Oh, the museum. Well, you're not that far, really. You just walk 'til the end of this block, then turn right. Walk for a couple hundred metres, and you'll see the museum across the street on your left. You can't miss it. Enjoy yourself."

Selama aku berada di Australia, kalau nak solat, ada tiga pilihan:
1. Cari masjid / pusat Islam yang berhampiran
2. Singgah di mana - mana universiti / kolej
3. Solat aje atas padang rumput di mana - mana taman

Sewaktu di Sydney, aku terserempak dengan papan tanda yang menyatakan bahawa merokok dan meminum arak di kawasan terbuka adalah dilarang, dan denda minimum AUS$ 1600 (~ RM 4700) boleh dikenakan.

Alhamdulillah, selama aku berjalan berseorangan di Australia, aku tidak ada masalah bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Orang - orang tempatan amatlah baik hati.

Sebagai seorang mahasiswa, aku memperoleh kemudahan untuk memasuki muzium - muzium mereka dengan percuma. Sebagai seorang warga asing yang sedang mengembara, aku ditunjukkan jalan. Sebagai seorang Muslim, aku mudah menunaikan solat di mana sahaja, bila - bila masa sahaja, baik di atas rumput taman bunga, mahupun di platform kosong stesen keretapi. Juga sebagai seorang Muslim, aku adalah tetamu kepada pengusaha makanan halal.

Amat menakjubkan, apabila melihatkan segala nilai yang patut ada pada negara umat Islam diamalkan oleh negara - negara bukan Islam.

Allah S.W.T. menunjukkan kuasa-Nya apabila kita diperlihatkan kehidupan orang - orang Barat ini. Sungguhpun tidak beragama Islam, rata - rata mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya, sungguhpun mereka tidak menyedarinya. Dan apa yang mereka amalkan, hanyalah secubit daripada keseluruhan ajaran Islam.

Namun, berapa ramai dari kalangan kita yang beragama Islam yang menyedari hakikat ini? Berapa ramai yang cuba menuju ke arah itu?


قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ ڪَيۡفَ بَدَأَ ٱلۡخَلۡقَ‌ۚ

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya.
(Al-'Ankabuut; 29:20)

No comments: