Sunday 17 May 2009

Al-Fatihah...

Sudah seminggu aku berada di Kedah. Di dalam tempoh itulah, aku mendapat berita bahawa sahabat akrab merangkap mentor aku, Yusfizal Mat Yusof telah kehilangan ayahandanya.

Aku mengenali Yus sebagai seorang yang ceria, namun bila aku ziarah beliau di rumahnya pagi tadi sekembalinya ke Pulau Pinang, beliau kelihatan agak muram, sungguhpun di sebalik keceriaan yang ditunjukkan.

Semoga roh ayahandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman...Ameen...

Al-Fatihah

No comments: