Friday, 29 May 2009

Dilema Di Klinik

Sejak dua tiga hari yang lalu, kaki kanan asyik dok kejang memanjang, khususnya di bahagian ibu jari kanan. Nak bawa kereta pun, dekat - dekat sahaja, sebab sakit kaki kalau tekan brek kuat sangat (emergency braking). Kalau ikutkan, bahagian tu dah lama sengal.

Mula sakitnya sejak tahun lepas. Masa tu, tengah belajar kat Permatang Pauh; baru beli kasut baru, jadi ketat sikit lah. Jadi, kasut menekan sikit kat belah bucu, sampai bengkak kaki dibuatnya.

Maka, selepas solat Maghrib tadi, aku terus pergi ke klinik berhampiran dengan rumah. Biasanya tak payah bayar, sebab klinik panel tempat kerja mak. Namun, selepas mengisi borang, kerani memberitahu bahawa nama aku telah dihapuskan dari data kerana telah melepasi usia 21 tahun. Aku lupa pula, masa umur 21 tahun, tinggal di Shah Alam. Masa umur 22 tahun, pindah ke Permatang Pauh. Tak jejak langsung ke klinik ini.

Maka penyelesaiannya, kena bayar. Dan, kalau nak terus ditanggung, mak kena jumpa dengan HR minta lanjutkan tanggungan. Namun, dek kerana dah naik rimas dengan sakit kaki, aku terus bergegas balik rumah ambil duit.

Sewaktu membuat pemeriksaan, doktor menyatakan bahawa ada kemungkinan aku kena gout. Kalau tak gout, mungkin tulang. Namun, untuk mengesahkannya, aku perlu membuat ujian darah. Dan kalau nak buat ujian darah untuk gout, kena puasa setengah hari. Jadi buat masa ini, doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat bengkak.

Bila aku dengar ubat tahan sakit, aku naik seram. Sebabnya, 4 tahun yang lalu apabila aku diserang hypertension, aku diberi ubat tahan sakit. Kuat punya. Hasilnya, pinggang naik 4 inci dalam masa sebulan. Aku masih terbayang wajah ketika berdiri di hadapan cermin dahulu.

Kemudian, doktor mengambil bacaan tekanan darah aku. Doktor kata aku ada slight hypertension. Aku berasa hairan. Kalau betul aku ada, macam mana aku tak rasa tanda - tanda macam 4 tahun yng lalu? Lalu aku bertanyakan bacaan tekanan, doktor kata 130/90.

Walaupun atas sedikit daripada paras umum, aku lega kerana bukannya 150/100 sepertimana dahulukala. Dan juga, bukan kerana faktor pemakanan. Namun, aku risau juga; hypertension...dalam usia sebegini. Termasuk pula kemungkinan ada gout.

Doktor mancadangkan aku membuat Blood Management melalui pakar.

Entahlah. Aku cuma harap, hal - hal kesihatan aku ini diatasi sebelum aku ke Australia kelak...jika selesai segala urusan di sebelah pihak Universiti.

Sewaktu di Permatang Pauh dahulu, aku ambil berat tentang kesihatan diri. Namun, apabila pulang semula ke Kuala Lumpur, aku seolah - olah kurang mengambil perhatian. Mungkin kerana terlalu selesa berada berhampiran dengan keluarga, serta pihak - pihak yang sedia maklum akan kemaslahatan diri ini.

Rabu depan konvokesyen aku. Janganlah sampai ke tahap kena bertongkat apabila naik pentas.

Semoga Allah mempermudahkan bagiku...

No comments: