Namun, Ramadhan pertamaku, yang mana aku mula - mula berpuasa, ialah pada bulan Februari tahun 1994. Waktu itu aku menetap di Hammersmith, London. Bulan Februari juga merupakan musim sejuk. Pada kemuncak musim sejuk di London, Maghrib masuk seawal 4.00 petang, waktu Isya' biasanya dalam sela masa dua jam selepas Maghrib, Subuh selewat 6.45 pagi.
Kalau di kemuncak musim panas, Maghrib masuk selewat 10.00 malam, Isya' sekitar tengah malam, Suboh seawal 5.00 pagi. Nayalah kalau Ramadhan di musim panas...siang boleh mencapai 15 jam!!!
Sewaktu di London, waktu sekolah bermula pada jam 9.00 pagi, dan habis sekitar 3.00 petang. Waktu rehat (dinner-hour) yang memakan masa sejam adalah pada jam 1.00 petang. Oleh kerana aku berpuasa ketika itu, maka cikgu aku melepaskan aku pada jam 12.45 tengahari untuk pergi tidur di perpustakaan. Antara yang bersama di perpustakaan sewaktu itu adalah kawan baikku merangkap jiran, Othman Al-Jadir, budak Arab-Iraq, Mu'ath, budak Arab-Jordan, dan seorang lagi budak Algeria yang aku tak ingat namanya.
Biasanya sewaktu berbuka, ayah tiada, sebab tiba Maghrib, waktu pejabat ayah baru sahaja habis. Pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat, biasanya aku dan adik perempuan aku, Atiqah (Amanina dan Sakinah belum lahir lagi) akan berbuka di rumah Othman, sebab emak pergi kuliah jurusan Masters di King's College di tengah - tengah kota London. Tambahan, orang - orang Arab ini, mereka cukup suka kalau ada tetamu datang rumah. Tradisi Arab. Jadi, berlari - larilah aku di dalam rumah Othman, buat macam rumah aku.
Di dalam bulan ini juga, kami sekeluarga berpindah ke sebuah pekan bernama Reading, di dalam daerah Berkshire, lebih kurang 58 batu (90km+) ke Barat dari London.
Pada waktu inilah aku merasa azab berpuasa, berulang - alik dari London memindahkan barang - barang ke rumah baru. Sewaktu bersekolah di Reading, corak waktu persekolahannya sama sahaja. Cuma, pada waktu rehat (tempohnya lebih kurang sejam setengah), boleh keluar dari kawasan sekolah (macam universiti). Jadi, setiap waktu rehat sepanjang Ramadhan, aku dan adik aku akan pulang ke rumah.
Pada penghujung Ramadhan, kami pergi berbuka di sebuah rumah agam di Cobham. Tuan rumahnya orang Melayu Islam. Itulah kali pertama aku merasai iftar jama'ie di England. Apa yang seronoknya, kami umat Islam di dalam sasuatu lingkungan persegi hanyalah kecil. Di dalam kami dijemput tuan rumah, turut dijemput orang - orang Islam lain, Melayu atau tidak, yang kami tidak kenal.
Maka, berkenalanlah kami dengan orang - orang lain, khususnya komuniti Melayu yang menetap di England. Apabila berbuka, kami duduk di satu meja makan yang panjang. Tiba waktu Tarawikh, aku dan kanak - kanak yang lain akan bermain di ruang tamu. Tapi kebanyakan masanya aku akan duduk di depan unggun api fireplace di dalam ruang tamu tersebut. Jakun katakan, di rumah hanya ada pemanas (radiator/heater).
Sesungguhnya, kita memang merasa seronok apabila berada di kalangan sesama Muslim, apatah lagi apabila mereka bukan bangsa kita. Setiap kali aku ke luar negara, memang akan merasa solat bersama - sama orang Islam tempatan. Apatah lagi mereka lain kaedahnya di dalam solat mereka dan kebanyakan hal lain, termasuk budaya kehidupan. Namun yang seronoknya apabila melihat mereka berdakapan sesama sendiri setelah selesai solat, atau ketika di pintu masuk masjid/ islamic center.
Kalau katakan ada program komuniti bulanan/tahunan di masjid/pusat - pusat Islam, penuhlah tempat itu. Silap hari solat di tepi jalan.
Apabila kita satu komuniti yang minoriti, ukhuwwah sesama kita memang kuat/mantap. Namun apabila menjadi satu komuniti yang majoriti, ukhuwwah tetap ada, tetapi tidaklah semantap orang - orang yang minoriti, sebab mereka sedar, apabila minoriti, amatlah perlu untuk menjaga dan memelihara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment