Wednesday, 10 September 2008

You Never Knew What You Had Til' You've Lost It

Tahun lepas mekanik aku memasang external wiring pada lampu depan kereta aku, supaya boleh bubuh mentol lampu berkuasa 90/60W (mentol yang standard ialah 60/55W). Bulan Jun kelmarin, di dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bukit Mertajam (ikut jalan lama) pada suatu malam, tiba - tiba lampu sebelah kanan kejap hidup kejap mati. Aku tak ambil kisah sangat.

Baru - baru ini, keadaan lebih teruk apabila lampu sebelah kanan tersebut langsung tidak mahu menyala. Mentol tidak terbakar, tetapi sekiranya goyang - goyang sikit wayar, hidup. Kerana tak tahan asyik mati sahaja, aku ambil keputusan mencabut external wiring, walaupun maknanya terpaksa guna mentol berkuasa rendah.

Sedar tak sedar, sewaktu menanggalkan wayar dari kepala terminal positif bateri, aku tercabut sekali wayar hon kereta. Aku sangka ianya sebahagian daripada wiring lampu. Pagi esoknya, aku pergi ke kampus. Entah kenapa, di sepanjang perjalanan semua orang seolah - olah nak mati awal. Ada yang masuk keluar dari simpang dekat sangat. Ada yang tukar lorong tak tengok cermin tepi. Ada pembonceng motosikal yang tak reti bawa motor (macam biasa...).
Dalam situasi - situasi ini memang buat kita marah. Bila marah tu, tekanlah hon. Tapi apakah daya, hon tidak berbunyi. Sepanjang masa berada di dalam kereta, aku dok mengenangkan, alangkah bagusnya kalau ada hon. Bukan dengan niat nak kurang ajar, tetapi kalau tak hon, sampai mampos mereka tak sedar diri.
Balik dari kuliah petang itu, aku memeriksa wiring hon. Lalu aku perasan, salah satu daripada gugusan pengganti (relay) yang disambungkan kepada sistem lampu hadapan, adalah kepunyaan hon kereta, dan aku telah mencabut wayar yang disambung pada bateri kereta kerana menyangka ianya sebahagian daripada sistem pendawaian lampu hadapan.
Pengajaran:
1) Hargai apa yang kita ada sebelum ianya meninggalkan kita
2) Jangan leka atau lalai apabila melakukan sesuatu kerja


No comments: