Tuesday, 28 October 2008

Kahwin oh kahwin

Orang pertama dari kalangan kawan - kawan aku yang berkahwin ialah Aini, yang pada waktu itu berumur 19 tahun, pada pertengahan tahun 2005, sejurus selepas aku balik dari mengerjakan umrah.

Selepas itu, ada jugak majlis - majlis perkahwinan yang menyusul. Namun, yang berkahwin ialah senior - senior aku, kebanyakannya aku tak berapa rapat sangat.

Baru - baru ini, aku mendapat banyak jemputan ke majlis - majlis perkahwinan. Seperti biasa, yang bakal mendirikan rumahtangga ialah senior - senior aku. Namun, mereka terdiri dari kalangan sahabat - sahabat aku yang rapat. Pada masa yang sama, ada yang telah bertunang, tunggu masa aje.

Sekali - sekala aku akan termenung...bukan mengenangkan diri yang masih single...tetapi mengenangkan, sedar tak sedar, usia makin hari makin meningkat. Suatu masa dahulu, semua orang melayan hidup sebagai anak muda; keluar menuntut ilmu, meronyeh.

Tahu - tahu saja, seorang demi seorang mula memasuki fasa seterusnya. Mudah - mudahan, aku tidak lalai daripada mengingati bahawa semakin hari, semakin meningkat usia aku, semakin hampir dengan penghujung aku...

Hari lahir ahli keluarga di bulan Oktober

Bulan Oktober merupakan bulan lahirnya mak dan adik bongsu aku;

Mak
Nor Ainah binti Abdullah: 19 OKTOBER 1959 (49 Tahun)

Adik bongsu (ke-4)
Nurul Sakinah binti Ahmad Fauzi: 28 OKTOBER 1998 (10 Tahun)

Monday, 27 October 2008

Hindraf hanya bermasalah dengan Umno BUKANNYA Islam

(Artikel ini dipetik daripada akhbar HARAKAH, bil. 1385, edisi Isnin, 27-30 Oktober 2008)


KUALA LUMPUR: Pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorhy mengulangi bahawa pihaknya hanya bermasalah dengan Umno, dan bukannya dengan orang Melayu dan Islam.

"Tuduhan bahawa Hindraf adalah pertubuhan pelampau dan dakwaan (bahawa Hindraf) mengisytiharkan orang - orang Melayu dan Islam sebagai satu - satunya musuh meraka adalah tuduhan yang tidak masuk akal sama sekali dan pembohongan tera - terangan," katanya.

Hindraf juga, kata beliau yang kini berada dalam pelarian di England, tidak pernah menjadi pertubuhan keagamaan.

Ketika mengumumkan pengharaman Hindraf, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar berkata, ksan kegiatan Hindraf itu, akan mncetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.

Menyangkal dakwaan itu, Waythamoorthy berkata, Hindraf hanya membangkitkan hal - hal masyarakat India dan hak - hak penganut agama Hindu yang sah di sisi perlembagaan negara dan dekarasi hak - hak asasi manusia sedunia.

"Kami sentiasa menyatakan bahawa kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan orang Melayu dan Islam tetapi kami mempunyai masalah yang serius dengan Umno, yang bersifat pembuli dan mengamalkan polisi - polisi pecah dan perintah yang bersifat perkauman dan ekstremis untuk terus berkuasa di Malaysia," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Sementara itu, Parti Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindraf seagai tidak wajar kerana langkah itu akn menutup sepenuhnya isu - isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah - masalah lain.

"Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung dengan keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang mrupakan perkara asas tuntutan badan buka kerajaan yang lain," kata Timbalan Presidennya, Dato' Chang Ko Youn.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HINDRAF, sila klik di sini / Click here to read more on HINDRAF

Thursday, 23 October 2008

Mereka Bertanya, Aku Menjawab

Mereka bertanya:
"Mengapa aku sentiasa kalah?"
Aku menjawab:
"Kerana kemenanganmu tiada nilainya pada hari ini, tetapi lebih berharga pada hari lain."

Mereka bertanya:
"Mengapa begitu susah untuk aku memperoleh sesuatu?"
Aku menjawab:
"Jika engkau tidak memerah keringat untuk memperolehnya, nescaya engkau takkan menghargainya."


Mereka bertanya:
"Mengapa aku ditimpa musibah?"
Aku menjawab:
"Ianya suatu pengalaman bagimu, kerana apabila engkau terlepas dari cengkamannya kelak, engkau akan memahami mereka yang ditimpa nasib sepertimana engkau, lantas tergerak hati untuk membantu mereka."

Mereka bertanya:
"Keluargaku porak - peranda. Adakah aku akan seperti mereka tiba masanya nanti?"
Aku menjawab:
"Akan kau berdepan dengan pelbagai kerenah manusia sedang engkau membesar. Iman dan akalmu akan menentukan mana dan apa yang terbaik bagimu bila tiba masanya."

Mereka bertanya:
"Dapatkah aku merasai segala yang ku idamkan dalam masa yang terdekat?"
Aku menjawab:
"Jika segala yang diidamkan telah kau rasai semalaman, apakah lagi yang tinggal untuk dikecapi dalam saki - baki usiamu?"

Mereka bertanya:
"Mengapa segala rahsia alam ini ditemui oleh orang bukan Islam?"
Aku menjawab:
"Apabila mereka menghebahkan penemuan mereka, kita akan berkata kepada mereka bahawa Al-Quran telah menjelaskannya 1400 tahun terdahulu, lantas akan terbuka hati mereka kepada Islam."
(Dalam Al-Quran ada menjelaskan tentang hal ini, tapi tak ingat ayatnya. Kalau ada yang tahu, tolong maklumkan pada saya.)

Mereka bertanya:
"Apakah rahsia di sebalik ketuanan bangsa?"
Aku menjawab:
"Jatuhnya kerajaan khilafah Turki Uthmaniyyah kerana ketuanan bangsa."

Mereka bertanya:
"Mengapa perlu saling mempelajari dengan orang - orang yang bukan dari kalangan kita?"
Aku menjawab:
"Kerana mereka memiliki apa yang kita kurang, dan kita memiliki apa yang mereka kurang. Masing - masing saling melengkapkan."

Mereka bertanya:
"Mengapa solat tiap kali matahari berubah kedudukan?"
Aku menjawab:
"Supaya kita peka dengan peredaran masa."

Mereka bertanya:
"Mengapa berfikiran terbuka, dan tidak tertutup?"
Aku menjawab:
"Sekeras besi tulen, ianya rapuh, dan akan pecah apabila daya bertindak ke atasnya. Selembut getah, ianya anjal, dan akan menyerap daya yang bertindak ke atasnya."


Mereka bertanya:
"Mengapa disembelih, tidak direnjat?"
Aku menjawab:
"Darah yang mengalir membawa bersamanya segala yang memudharatkan. Adapun binatang yang disembelih itu mati dalam lena dan tenang, maka lembutlah dagingnya. Sedangkan binatang yang direnjat itu mati dalam kesakitan dan tertekan, maka kakulah dagingnya."

Mereka bertanya:
"Mengapa babi itu haram?"
Aku menjawab:
"Engkau sedia maklum akan kemudharatannya. Namun, a man is what he eats, dan ketahuilah babi itu pengotor, makannya dari segala yang kotor, perbuatannya dari segala yang kotor, dan Islam membenci segala yang kotor."

Mereka bertanya:
"Mengapa haram ke atas kita barangsiapa yang bukan mahram kita?"
Aku menjawab:
"Segala yang terlarang itu untuk kau rasai selepas perkahwinan. Apakah engkau akan bahagia kelak, apabila telah engkau merasai segalanya sebelum engkau berkahwin?"

Mereka bertanya:
"Mengapa segala yang menjadi kecantikan wanita itu diselindungkan?"
Aku menjawab:
"Sepertimana engkau melindungi harta - hartamu daripada dikebas orang yang bukan ahlinya, maka demikian jugalah bagi mereka."

Mereka bertanya:
"Mengapa demokrasi, sedangkan tiada Islam menganjurkannya?"
Aku menjawab:
"1. If you can't beat them, join them.
2. Fight fire with fire."


Mereka bertanya:
"Tidakkah merugikan negara apabila si pencuri dihukum potong tangannya?"
Aku menjawab:
"Apakah engkau menyangka sekalian manusia akan keluar merompak beramai - ramai sejurus termeterainya hukum itu? Berkata orang Cina, 'Bunuh seorang sebagai peringatan kepada seratus (yang lain)'."


Mereka bertanya:
"Apakah kezaliman itu takkan dijatuhkan oleh sang mujahid?"
Aku menjawab:
"Sepertimana tingginya durian, dan rendahnya timun, akan jatuh jua durian, lantas menjadi tempoyak, lalu akan ditenyeh oleh sang timun di atas piring. Sepertimana gagahnya sang zalim, akan jatuh jua menjadi hina, maka berkuasalah sang mujahid keatasnya."

National Fatwa Council forbids tomboyism

(Artikel ini diambil dari laman web The Star Online)

Published: Thursday October 23, 2008 MYT 7:51:00 PM

KOTA BARU: The National Fatwa Council has ruled that tomboyism, where a girl behaves or dresses in a boyish manner, is forbidden in Islam.

Its chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin said the decision was prompted by recent developments as there had been cases of young women inclined to behave like men and indulging in homosexuality.

“Parents must guide their children from indulging in disruptive activities that are against Islamic teachings,” he told reporters at the close of a two-day meeting of council here on Thursday.

The meeting was held to discuss social ills confronting Muslims, including the issue of tomboyism. -- Bernama

Monday, 20 October 2008

Salah faham

Salah faham, ataupun misunderstand sering berlaku di kalangan kita. Ia biasanya berpunca daripada tidak memahami apa yang disampaikan atau cuba disampaikan oleh orang lain kepada kita.

Dan apabila berlakunya salah faham tersebut, tempoh untuk menjelaskan semula niat penyampai tersebut bergantung kepada individu; ada yang hanya memerlukan dua tiga minit untuk menjelaskannya. Ada yang memerlukan sejam, sehari, seminggu, sebulan. Ada juga yang perlu membuat liputan media, seminar, ucapan umum dsb..

Pada masa - masa yang lalu, saya pernah, bahkan biasa mengarang artikel - artikel, membuat kenyataan yang mana sekali pandang nampak macam kontroversi, menghentam semua orang sekaligus. Namun, jika dibaca dua tiga kali, baru tahu rupanya dikhususkan kepada pihak - pihak tertentu, dan merangkumi skop - skop tertentu sahaja.

Tak dinafikan, yang tak sepatutnya terkena, mendapat tempias, biasanya 'diheret masuk' oleh yang menjadi sasaran.

Maka, untuk mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa keadaan, saya menyediakan 'perisai' buat mereka, yang mana pada penghujung artikel tertentu, saya akan letak notis berbunyi:

"SIAPA MAKAN CABAI DIA RASA PEDAS. MAKA BARANGSIAPA YANG TIDAK MEMAKAN CABAI, TIADA SEBAB UNTUKNYA BERLAKON SEOLAH - OLAH MEMAKAN CABAI SATU GUNI."

Kadang - kadang...perisai makan tuan jugak...

Artikel kontroversi? Tiada artikel yang tidak kontroversi. Bahkan tidak ada satu penulisan, percakapan, perbuatan yang tidak ada kontroversi terhadapnya, sungguhpun tidak melanggar syariat. Wujudnya kontroversi terhadap sesuatu adalah kerana ianya 'berlawan arus' dengan pemahaman, pendirian, atau mencabar orang yang melabelkan sesuatu itu sebagai kontroversi.

Dalam kes lain, ianya boleh jadi kerana dia enggan menerima hakikat akan apa yang cuba disampaikan, pedas mana sekalipun, lalu cuba untuk menafikannya.

Oleh itu, bagi mengelakkan salah faham sesama kita, selamilah, hayatilah apa yang cuba disampaikan oleh seseorang itu, baik dari segi percakapan, penulisan, mahupun perbuatan. Nampak macam main dalam lumpur, tetapi jangan kita lupa, emas ditemui kerana 'bermain' dalam lumpur.

Dig deep, and you shall find gold lodged amongst the dirt. (Ayat ini, aku reka sendiri).

Sunday, 19 October 2008

Perihal Kekeluargaan (episod 1: MATERIALISTIK)

(Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang dikarang oleh sahabatku, Nasrulhaq yang bertajuk MENCARI KESEMPURNAAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN)


Sebut tentang keluarga, ada macam - macam jenis keluarga. Ada yang kaya, miskin, sederhana, bahagia, porak peranda, skema, sempoi, happy-go-lucky, sosial, anti-sosial, dan macam - macam lagi.

Dan bagi setiap keluarga itu ada ciri - ciri keistimewaannya tersendiri, yang hanya boleh dikecapi oleh ahli - ahli keluarga itu sahaja, dan tidak oleh orang luar.

Namun hakikatnya, ramai yang bersikap sepertimana pepatah Melayu, "Diberi kepak, hendak paha pula". Apabila dia melihat kelebihan yang ada pada keluarga yang lain, biasanya materialistik dan spiritual, dia melihat pada keluarganya seolah - olah kekurangan.

MATERIALISTIK
Kita selalu mendengar jenaka mengenai dua suri rumah; apabila salah seorang daripada mereka dengki/cemburu/resah melihatkan kawan tu beli sofa baru, langsir baru, kereta baru, barang kemas sampai 10 - 20 kati dsb., maka akan mendesak suaminya untuk mendapatkan benda - benda yang sama, tanpa memikirkan apakah suaminya mampu, atau wajarkah dibeli pada saat dan ketika itu.

Maka, sama juga keadaannya di dalam perihal keluarga, apabila dia melihat kelebihan yang ada pada keluarga orang lain, maka dia berkehendak kepada benda yang sama. Ada sesetengah keluarga yang mampu untuk menunaikan permintaan, dan ada juga yang tidak mampu. Biasanya dari segi kewangan, tapi ada juga yang dari segi prinsip. Prinsip?

Sewaktu saya kecil dahulu, material yang popular di kalangan kami sewaktu itu ialah Nintendo (sewaktu saya di UK), disusuli dengan Playstation pada tahun 1998. Kawan - kawan saya kebanyakannya ada satu set di rumah masing - masing, tapi saya tidak ada. Abah memang strict tentang hal ini. Jadi, saya tak meminta dibelikan.

Namun, ayah tetap membenarkan main computer game, walaupun spesifikasi komputer pada ketika itu samada minimum atau tidak memenuhi keperluan games semasa. Benda yang paling mahal pernah ayah belikan ketika itu ialah basikal untuk saya berulang - alik ke sekolah menengah.

Saya menunggu bertahun - tahun untuk mendapatkan sebuah basikal. Kerana saya merasa perit menanti kehadiran basikal dalam hidup, saya cukup jaga basikal itu. Tiap - tiap minggu basuh, polish, bubuh minyak pelincir. Sebulan dua sekali, hantar ke kedai buat tuning pada gear basikal (servis percuma, sebab saya baik dengan towkay kedai, kecuali kalau buat alignment rim tayar).

Selepas saya dan kawan - kawan dapat lesen memandu pada penghujung 2003, kawan - kawan saya dibelikan sebuah kereta oleh ayah mereka. Saya pula, diamanahkan kereta Proton ayah yang saya gunakan pada hari ini. Kereta itu cuma ada satu keunikan sahaja; ianya dibeli di London pada tahun 1993 sewaktu kami sekeluarga menetap di sana.

Ada juga kawan - kawan yang pernah cakap pada saya,

"Karim, kereta tu dah tua. Suruh bapak kau jual ajelah, beli yang baru..."

Cukup marah bila dengar ayat - ayat seperti itu.

Namun, sepertimana basikal saya, kereta ini juga saya cukup jaga, cukup sayang; dalam dan luar dicuci seminggu dua sekali, belajar sendiri kaedah - kaedah membuat servis ringan - ringan terhadap enjin, polish 3 bulan sekali. Akhirnya, kereta ini, sungguhpun 'tua', tapi lebih reliable daripada kereta - kereta lain.

Sebab itu kadang - kadang, saya cukup marah, meradang bila ada orang yang buat sepah dalam kereta itu, kotor tak cuci balik. Kerana kita bertungkus - lumus menjaga kereta tersebut, kerana kita tahu susahnya kena hidup dengan kereta ini suatu masa dahulu.

Apa yang hendak dicerita di sini, ada sesetangah orang apabila dia berkehendakkan sesuatu, dia terus dapat. Ada yang bila berkehendakkan sesuatu, bertahun - tahun kemudian baru dapat, dan ada yang apabila dia berkehendakkan sesuatu, samada tak dapat, ataupun tidak sebanding.

Namun, apabila seseorang itu merasai kesusahan untuk memperoleh sesuatu, setelah memperolehnya, dia akan menghargai apa yang diperolehnya itu. Berbanding dengan sesetengah orang yang memperoleh sesuatu tanpa memercik keringat, dia takkan tahu susah senang di dalam memperoleh benda tersebut. Lalu, dia akan kurang mengambil peduli tentang 'kebajikan' benda itu, dan tidak kisah sekiranya rosak, hilang dsb., kerana dia tahu bila - bila masa sahaja dia boleh cari yang lain.

Oleh itu, apabila kita melihat sesuatu kelebihan yang ada pada orang lain, dan kita meminta kelebihan itu, lalu tidak diberi, maka janganlah bersedih. Kalau bukan kerana kewangan, maka ketahuilah ibubapamu hendak agar engkau merasa kesusahan sebelum datangnya kesenangan, mudah - mudahan engkau bersyukur dan menghargainya.

EPISOD 2: SPIRITUAL akan menyusul...

3 hari Syawal (episod 1: 1 Syawal 1429H)

1 Syawal 1429H
Malam raya, aku tak boleh tidur. Bukan kerana seronok nak raya, tapi kerana budak - budak main meriam buloh. Suboh 1 Syawal, hujan melanda Kuala Kangsar. Namun, Alhamdulillah, menjelang pukul 7 pagi hujan sudah berhenti. Pagi itu, kami menunaikan solat Eidulfitri di Masjid Ridzwaniah. Masjid ini merupakan tempat aku menunaikan tarawikh dan sembahyang raya sejak sekian lamanya, walaupun dahulunya Masjid Ubudiah hanya terletak seberang jalan dari rumah Opah.

Sekembalinya ke rumah, aku menjadi terkejut beruk...beruk aku pun terkejut.

Abah sekeluarga nak ke rumah Mak Ija di Bandar Perda, Bukit Mertajam, memandangkan nenek di sana (kalau ikutkan, tahun ini patut beraya di Kampar, Perak). Aku sangka balik hari, rupanya nak tidur di sana sekali. Diajaknya aku, aku tak mahu. Sebab? Ate, teman belajor kat situ, mastautin kat situ, takde koje nak patah balik. Buat muka tebal aje...

Maka, secara rasminya, tahun ini aku beraya berseorangan...tapi aku gagahkan diri. Selepas abah bertolak, aku pun bersiap nak pergi beraya. Mula - mula, aku pergi ke Rapat Setia, Ipoh, ziarah Tok Azmi (hari ini keluarga belah emak, kerana kalau ikut giliran, tahun ini beraya di rumah nenek sebelah emak).

Di sepanjang lebuhraya, aku dok berfikir; macam mana gamaknye aku nak beraya ni? Bukannya kuat bersembang aku dengan deme ni...(as it turns out to be, sembang rancak, macam sembang dengan kawan - kawan sendiri).

Aku tiba di rumah Tok Azmi jam 12 tengahari. Di situ aku tersangkut selama sejam, sebab ramai tetamu (non-Muslim). Tambahan, selagi aku belum makan, Opah Ji tak bagi balik. Maka aku habiskan masa sembang dengan tetamu. Dah lama tak sembang dengan non-Malay/non-Muslim. Banyak perkara yang disembangkan. Cuma yang dok buat leceh, entah kenapa bila ditanya kat mana aku belajar, aku seolah - olah terkunci lidah nak sebut UiTM, ekoran demonstrasi pelajar UiTM kelmarin.

Beransur sahaja dari rumah Tok Azmi, aku solat terdahulu di masjid seberang jalan besar. Selesai solat, aku beransur meninggalkan Ipoh (walaupun ramai lagi sanak - saudara di Ipoh; Sg. Rokam, Tambun, Tasek [sebelah abah], tapi aku masih belum 'mahir' dengan mereka. Tambahan, kalau kata aku kenal mereka sekalipun, belum tentu mereka ingat aku siapa).

Mula - mulanya nak ke Gopeng, ziarah kawan lama, Khalissani. Tapi, tahun ini dia pecah tradisi, keluar beraya. Maka, aku terus menghala ke Teluk Intan. Aku keluar di Bidor. Jalanraya Bidor - Teluk Intan teruk betul; berlubang, retak. Punya sakit hati aku.

Aku tiba di Teluk Intan pada jam 3.30 petang. Mula - mula aku ke rumah Tok Man. Tok Man ajak makan nasi minyak. Biasanya aku makan, tetapi kali ini, aku memandu, tambahan pula, lepas ini aku nak kena pulang semula ke Kuala Kangsar. Sembang - sembang, kemudian ke rumah Tok Cho. Sembang - sembang, kemudian ke rumah Tok Yang. Rumah ini yang aku duduk lama, sebab Nek Ya memang kuat bersembang.

Waktu aku tinggalkan rumah Tok Yang, jam menunjukkan 5.50 petang. Dalam perjalanan pulang, aku singgah isi minyak di pekan. Kemudian...wahyu turun....

Aku teringat, kalau tak silap, jalan menghala ke Kampar ada simpang yang tembus melalui Tapah Road, kemudian ke Tapah. Selamatlah aku daripada jalan yang aku harung tadi. Maka bertolaklah aku ke Tapah road melalui jalan Chenderong Balai (shortcut ini, arwah Atok yang ajar dulu. Jimat 20 minit. Kalau tak, kena tembus kat Langkap).

Aku tiba di Kuala Kangsar pada jam 8 malam. Maka, berakhirlah seharian beraya ke sana - sini.

Masa kecil dulu, semangat beraya didorong oleh faktor duit raya. Kini, ianya didorong oleh semangat hendak mengelakkan lost-contact sesama sanak - saudara (sungguhpun aku tak nafikan duit raya tetap dapat, berlipat ganda pulak tu...). Ini kerana, ramai (dua pupu, tiga pupu dll.) yang se-generasi dengan aku sudah mula tidak mengenali sesama ahli keluarga yang bukan dari kerabat terdekat.

Friday, 17 October 2008

Termakan dek kata - kata sendiri...

Awal Ramadhan 2003, seminggu sebelum menduduki peperiksaan SPM, aku bersembang dengan cikgu kelas aku, Pn. Norhafidzah Omar mengenai alam universiti. Dalam keasyikan bersembang itu, cikgu aku berkata,

"Karim, cikgu perhatikan selama awak kat sekolah ini, girlfriend tak ada, ber-couple pun tidak, parti - parti kat rumah budak perempuan pun awak tak pernah jejak, dengar ceritanya. Baguslah tu. Awak tak payahlah susah - susah nak cari 'kawan' sekarang ni. Esok lagi ramai orang yang awak jumpa. Bila rasa dah 'tiba masa', toleh ke belakang, ambil seorang yang terbaik dari kalangan mereka."

Aku pun membalas,

"Alaa cikgu. Kalau katakan saya gatal pun, siapalah yang nak boyfriend yang pegang jawatan Pengerusi Persatuan Agama Islam. Lagipun, tak pasal - pasal kena maki dengan ustaz Baharom. Silap hari, pengetua pun menyesal bagi 'pas percuma' masuk pejabat dia."

"Eh, awak jangan main - main, Karim. Awak masuk universiti esok, macam - macam jenis orang ada. Sini awak bolehlah eksyen, orang 'kampung' awak. Esok, kawan - kawan awak datang dari seluruh pelusuk negara, macam - macam perangai, kerenah, citarasa. Mark my words, orang macam awak pun mesti ada yang syok punya."

"Hmmmm..."

"Orang boleh berubah bila masuk universiti. Cikgu tak boleh nak bayangkan kalau esok awak pergi buat perangai tak senonoh; ber-couple lah, jalan berdua - duaan, masuk keluar rumah perempuan ikut suka awak."

Mendengarkan hal ini, aku risau juga kalau satu hari nanti, Abdul Karim pada hari ini adalah mala'un jalanan pada hari esok. Lalu aku membuat perjanjian di hadapan cikgu aku,

"Saya berikrar bahawa saya tidak akan bercouple dengan mana - mana perempuan, dan tidak akan membuat kerja - kerja tak senonoh. Dan saya tidak akan menjejak kaki ke rumah mana - mana perempuan yang bukan mahram saya, atau ahli keluarga saya, melainkan dengan niat untuk mengahwininya."

Pada waktu itu, aku masih berfikiran mentah, jadi tak terlayan sangat akan kata - kata sendiri.

Sewaktu Aidilfitri tahun 2005, seorang budak perempuan yang sama kuliah dengan aku menjemput kami ke rumah terbukanya. Tapi, hanya aku tak dapat pergi kerana ada urusan yang lebih penting.

Aidilfitri 2006, aku dijemput oleh seorang muslimat yang merupakan rakan sejawat di dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari ke rumah terbukanya. Aku sudah berpakat dengan rakan - rakan lain untuk ke rumahnya. Tahu - tahu sahaja, malam sebelum rumah terbuka itu, dengan hanya sekali bersin, aku terus demam, dan ianya berlarutan selama dua tiga hari.

Sedang aku terbaring, aku teringat janji aku dengan cikgu aku. Lalu aku terfikir sebentar, adakah Tuhan mendengar janji aku ketika itu? Apabila mengenangkan kehidupanku sebelum itu, baru aku perasan seolah - olah aku 'dihalang' daripada perkara - perkara maksiat.

Aku tak nafikan pada peringkat awal alam pengajianku, aku minat pada sebilangan budak perempuan yang dikatakan 'baik budi pekerti'. Sampai satu tahap, aku terasa seolah - olah aku nak 'chup' mereka. Tapi, as fate has it, seorang demi seorang mula menunjukkan sifat gelap mereka di hadapan aku, apabila mereka berubah menjadi watak - watak yang bersosial tanpa batas. Ikuti kisah seterusnya...

Sunday, 12 October 2008

Administrator's Notice

Assalamualaikum wrh. wbh. / Good day to you

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh di antara bulan Oktober dan awal November merupakan tempoh yang kritikal untuk saya. Oleh itu, blog ini tetap akan dikemaskini, tapi pada kadar yang amat perlahan. Hanya selepas berlalunya tempoh kritikal tersebut, maka blog ini akan dikemaskini seperti biasa. Terima Kasih.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

I wish to inform you that the periods of October and early November are critical moments for me. Therefore, this blog will still be updated, but at a much slower rate. Only after the critical moments are over, I shall resume in frequently updating this blog. Thank You.


ABDUL KARIM BIN AHMAD FAUZI
ADMINISTRATOR,
HANDASAH ISLAMIYYAH
12th OCTOBER 2008 / 12th SYAWAL 1429H

Friday, 10 October 2008

Aku kena TAG oleh opah kebayan

(Barangsiapa diarahkan aku buka 'artikel' ini, wajib jawab kesemua soalan ini, pastu tampallah di mana - mana; Frenster, blog, MySpace, Hi5 dll.. Pastu kan...kan...kan...TAG lah kat orang lain.wahahahaha)

Suatu malam yang hening, aku didatangi oleh seorang Opah Kebayan, yang suruh aku masuk portal beliau...tau - tau aku dah kena TAG dek orang tua tuu...apalah nasib diriku...iskh...iskh...


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Ugama aku, kereta Proton UK aku (bukan milik aku...amanah bapak aku), internet, laptop, handphone (ye ke? berdering sminggu sekali aje...)

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Petrol Unleaded tangki penuh kat stesen minyak Esso

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kalau aku ada rezeki kahwin nanti, aku bagitau.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
til' death do us part...itupun HANYA HUBUNGAN YANG DIREDHAI ALLAH.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Kot ada pun, cinta keparat. Ustaz aku ajar, melainkan cinta kepada-Nya, tiada cinta sehingga selepas perkahwinan...iskh...pehal aku jiwang ni? Semua opah kebayan punya pasal, TAG kat aku...ngeeeeee

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Kali terakhir makan malam kat restoran, sebelum puasa kemarin...hmmm...mana ek? Ahhhh...Pizza Hut Seberang Perai, ngan sepupu yang masa tu baru kuar wad hospital, seminggu sebelum pilihanraya Permatang Pauh...dah lama tu, yob!!!

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Reader's Digest

8. Apakah nama penuh kamu?
Cari nombor pasport aku, pastu bawak ke Kedutaan Australia, mintak salinan visa yang diorang keluarkan kat aku tahun lepas...hehehehe...

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dua - dua sama aje...

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Entah lee...kalau ada tu, ada lah. Kalau idak, idak lee...


11. Christina atau Britney?
Cisss!!! Vamoose with 'ya!!!

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Yes. Sendiri basuh, jemur, lipat, seterika. Tak bagi orang lain usik, dijamin al-ghuyub (lesap)...

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
HARAMAIN (the two holy cities of Madinah and Makkah...tenang beb), Australia, United Kingdom

14. Pelukan atau ciuman?
Dah kahwin esok, baru aku jawab...hehehe

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
♥ Nama dia Nurul Imma binti Mansor
♥ Salah seorang sahabat baik aku sewaktu di Shah Alam
♥ Ada blog...temanya pokok cokiaq yang dah mati, mampos, K.O.
♥ Tegas, berani menyatakan yang hak...tapi...kena jentik sikit...menangis 40 malam
♥ Opah angkat aku...hahaha

16. 8 perkara yang amat saya gilai
♥ Memandu
♥ Mengembara ke bumi asing
♥ Kerja - kerja teknikal (repair kereta khususnya)
♥ Tempoyak
♥ Balik kampung...bukan rumah yang kat KL, tapi rumah opah aku nun di Kuala Kangsar
♥ Menulis/menaip
♥ Merenung...cehh...sentimental pulak bunyinya...


17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
♥ Salam
♥ ceroi
♥ hampeh
♥ ate
♥ Allahuakbar
♥ deme
♥ kome
♥ meronyeh

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
♥ Ujang; Majalah Lawak Antarabangsa
♥ Doraemon
♥ Crayon Shin Chan
♥ PROTON - Repair & Service Manual
♥ Digital Fundamentals
♥ Translation of the Holy Quran in English
♥ The Complete Sherlock Holmes Collection (800+ muka surat, beli kat England lamaaa dulu)
♥ World War II - The Untold Story

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
♥ The Boxer (Simon & Garfunkel)
♥ The Sounds of Silence (Simon & Garfunkel)
♥ Kehidupan (Intem feat. Nazrey Johani)
♥ What a Wonderful World (Engelbert Humperdinck)
♥ Ramblin' Rose (Nat King Cole)
♥ HELP! (Beatles)
♥ Why Are The Drums So Silent (Dawud Wharnsby Ali)
♥ Allah Knows (Zain Bhikha & Dawud Wharnsby Ali)

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
♥ Apabila menjadi ketua bagi sesebuah komuniti, amat penting untuk mengetahui dan memahami komuniti tersebut agar segala kerja dapat berjalan dengan lancar
♥ Setiap orang berbeza ciri - ciri mereka. Pelajarinya, dan gunakannya untuk berkomunikasi dengan mereka
♥ Gagal bukan bermakna kalah, tetapi belum tiba masanya untuk menang
♥ Senantiasa tabah dan sabar menghadapi kerenah sahabat - sahabat kita
You never know what you had til' you lost it
♥ Jangan berlakon menjadi sesuatu yang sememangnya bukan diri kita. Be yourself
♥ Singgah Restoran Hameediyah setiap kali pergi ke Georgetown
♥ No pain no gain

20. Mari mengetag 8 orang lain.
Hmmm...

i) Imma (pedulik apa kalau dia dah kena. Buat lagi sekali! hahaha)
ii) Syafeeq (Moslem-Scholar)
iii) Geng - geng Penang aku...wahahahaha!!!
iv) Orang - orang lain yang terkena

Wednesday, 8 October 2008

Aku berasa jiwang...

Baru – baru ini, seorang sahabat berpesan kepadaku, bahawa tiadalah dia kisah kalau aku meloyar buruk (buat kelakar) senantiasa. Namun, beliau memberi amaran supaya tidak bersikap jiwang, kalau tidak, maka gugurlah keahlian Brotherhood aku.

Namun, hakikatnya aku senantiasa di dalam ke-jiwangan, bukan jiwang terhadap kekasih, kerana tiada kekasih dalam hidupku, melainkan Dia dan rasul pilihan-Nya. Akan tetapi, jiwangku adalah pada nostalgia silamku.

Namun, sepertimana kereta memerlukan bahan bakar untuk dihidupkan, samalah juga dengan nostalgia aku; perlunya kepada ‘bahan bakar’. Dan bahan – bahan bakar ini terdiri daripada beberapa elemen, yang membawa kepada nostalgia yang berbeza – beza. Antara elemen - elemen tersebut, ialah mendengar lagu Nat King Cole.

Mendengar lagu Nat King Cole
Sungguhpun pada peringkat awal umurku (zaman aku muda – muda dulu) aku cukup terkenal mempertahankan nasyid berbanding lagu – lagu non-nasyid. Namun, semenjak aku bergiat di dalam aktiviti dakwah umum/dakwah alternatif, aku kembali mendengar lagu – lagu non-nasyid, DENGAN SYARAT!!!

Syarat – syaratnya, lagu – lagu tersebut merupakan lagu – lagu lama (50-an, 60-an, 70-an). Bukan setakat itu sahaja, lagu – lagu tersebut tidaklah melalaikan, tetapi ada mesej tersirat (jenuh buat kajian di Wikipedia). Maka lagu – lagu yang aku terdengar terdiri daripada penyanyi – penyanyi seperti Simon & Garfunkel, Eagles, Beatles, Nat King Cole.

Namun, ada satu penyanyi yang apabila terdengar daku akan lagu – lagu beliau, maka akan tersentuh jiwaku (bagi seorang lelaki, ayat ini amat pelik bagi diriku), iaitu Nat King Cole. Macam mana tu?

Sewaktu menetap di London, England, ada dua kaset sahaja di dalam kereta; Nasyid Al-Arqam dan Nat King Cole. Apabila terdengar lagu – lagu dari salah satu kaset, maka teringat daku akan kehidupanku di London; bas Double Decker, keretapi bawah tanah Underground, Shepherd’s Bush Market, merentasi jalan – jalan kampung Britain yang mana di kiri dan kanan dipenuhi dengan rumah – rumah English Cottage, padang meluas, sungai yang membiru, hutan yang menghijau, serta suasana musim bunga yang tidak terlalu sejuk mahupun terlalu panas.

Pada hari ini, di dalam kereta yang sama, hanya tinggal kaset Nat King Cole; kaset Nasyid Al-Arqam sudah al-ghuyub, bagi pinjam pada kawan, terus lesap tak memasal.

Hakikatnya, pada peringkat awal pengajianku di peringkat IPT (sebenarnya sejak tingkatan lima lagi…tapi masa tu otak tak masak lagi…la ni otak rentung), aku telah memasang niat untuk seboleh – bolehnya menyambung pengajianku di luar negara, pada waktu itu, niatku terpaku pada UK…kini terpaku juga kepada beberapa negara yang lain.

Tapi, apakan daya, pada saat dan ketika ini, aku telah melangkau tempoh pengajian yang sepatutnya. Dalam erti kata yang lain, terlajak semester. Bukannya aku memendam perasaan pada hakikat ini. Mungkin ramai yang berfikir, extend tempoh pengajian adalah alamat buruk. Sebaliknya, bagi diriku, tempoh extend ini adalah di antara saat – saat manis di dalam alam pengajianku (akan ku huraikan di dalam warkah yang lain…kalau aku ada mood).

Dengan kemudahan serta ruang yang diberi Allah kepadaku untuk menamatkan pengajianku, sungguhpun ramai pada ketika ini akan mula berputus asa, aku masih menaruh harapan dan keyakinan masih ada ruang bagiku untuk mencapai niat aku, kalau tak on-the-spot, mungkin pada suatu masa yang sesuai (menuntut ilmu tidak mengenal usia).

Terkadang, aku akan terasa lesu, lantas memikirkan perkara – perkara yang bodoh, khususnya apabila mengenangkan diri yang masih belum habis pengajian, entah bila nak habis? Usia makin meningkat. Pada saat ini, aku seolah – olah nak lupakan segala – gala yang aku impikan. Apatah baru – baru ini, aku ditimpa ujian yang amat berat, apabila aku ditangguhkan status tamat pengajianku.

Apabila aku lesu, biasanya aku akan mendengar lagu untuk melengangkan otak. Namun, apabila lagu – lagu Nat King Cole melangkah masuk, lantas teringatku akan kehidupanku di England. Dari situ, teringat aku akan niatku. Dan dari situ, aku mengenangkan ruang dan kemudahan yang Allah berikan untuk aku terus menamatkan pengajian.

Lalu, setelah mengenangkan semua itu, aku terus bangkit dari kelesuanku, dan terus berusaha menuju ke destinasi yang telah aku tandakan di dalam peta perjalanan hidupku.

Mungkin ramai yang memikirkan sekiranya terpaksa melanjutkan tempoh pengajian, akan memalukan diri, tak berani mengadap kawan – kawan, rasa diri ibarat sampah. Hakikatnya tiadalah begitu. Ya, memang perit bila mengenangkan masa yang berlalu. Namun, apabila dihayati masa – masa itu, banyak perkara bermanfaat yang diperoleh, yang tak mungkin diperoleh kalau tidak dilanjut tempoh pengajian.

Bukannya nak ajak kalian lanjut tempoh beramai – ramai, tapi nak cerita di sini, di dalam apa jua situasi, tak kira pengajian atau apa – apapun, kalau tiada ianya berlaku mengikut perancangan awal, ketahuilah, somewhere within it, ada hikmah tersembunyi. Samada kita jumpa atau tidak hikmah itu, kita kena selam jauh ke dalam jiwa kita dan hayati apa saja yang datang melanda diri kita.

Monday, 6 October 2008

Kronologi 28-29 Ramadhan di Bandar di-Raja negeri Perak (episod 2)

Ini adalah sambungan dari Episod 1

29 Ramadhan: Hari ini aku tak bercadang nak menjejakkan kaki aku ke pekan Kuala Kangsar, kerana aku tahu, waktu nak raya inilah, maka orang ramai berduyun - duyun masuk dari semua arah untuk membeli - belah; Padang Rengas, Berapit, Parit, Manong, Bota, Tg. Blanja.

Namun, pada waktu sahur, Opah ajak ke Kuala; Opah nak pergi Tabung Haji. Aku terfikir sejenak...Tabung Haji terletak di deretan kedai bersebelahan dengan stesen bas, di tengah - tengah kekecohan orang membeli - belah. Mampos aku!!! Tapi, tak apalah. Aku harung ajelah. Inilah suasananya sepanjang aku berada di pekan:


Jalan ke Tabung Haji ditutup!!! Terpaksalah aku harung kesesakan trafik sampai ke pasar Kuala



Setelah hampir setengah jam merangkak, tiba juga di pasar Kuala. Opah dan Wan Chik turun dulu menghala ke pasar...



Dapat jugak aku berhenti tepi jalan. Itu pun, Wan Chik yang 'chup' tempat untuk aku


Ish ish ish...sempat lagi deme berdua ni...




Jam besor berdiri megah di sebalik segala kesibukan dan kekecohan yang melanda sekitar pekan Kuala



"Ish...ape kehe yob ni pergi ambik gambor aku? Ni mesti si Dijah janda yang upah dia ngikut aku. Syok juge orang tue tu kat aku rhupenye. Lalalala..."



Kebosanan melanda diriku...AKU NAK MEGHONYEH, WEH!!! Moh le kite!!!



Di lampu isyarat simpang ke MCKK dan Masjid Ridzwaniah ke kanan, stesen bas, Parit & Lumut ke kiri, Taiping ke depan...



Entah le, yob oii...teman main ambik aje gambor nun



Azablah barangsiapa yang hendak masuk ke kiri...

Kronologi 28-29 Ramadhan di Bandar di-Raja negeri Perak (episod 1)

EPISOD 1: 28 RAMADHAN

28 Ramadhan: Maka selesailah solat tarawikh di Masjid Ridzwaniah, yang disusuli dengan tazkirah oleh ustaz Zulkifli...ke...Tarmizi??? Entah, lupa aku. Oleh kerana malam masih muda, maka aku melencong masuk ke pekan Kuala. Kebetulan, kamera aku selalu simpan bawah kerusi dalam kereta, jadi apa lagi? Hentam sajalah. Inilah suasana Kuala Kangsar menjelang hujung Ramadhan:


Hehehe...saje je...baru basuh kereta petang tadi




Jambatan Sultan Abdul Jalil...pandangan dari jeti bot di Lembah



Rumah Rehat / Bukit Kerajaan...pandangan dari jeti bot




Suasana di Lembah; berderet - deret gerai jual kuih raya




Aku tak tau apa dibelinya. Tapi apa yang aku tahu, selagi mana dia tak habis angkut barang ke dalam kereta, selagi tu aku tak boleh jalan...


Berhampiran dengan pasaraya The Store (dulu namanya Fajar)



Di persimpangan (bulatan) jalan...nak tau tak? Aku cukup suka ambil gambar papan tanda lalulintas. Entah kenapa...



Menara Jam (atau ikut sebutan orang tempatan; "Jam Besor")



Suasana pasar di waktu malam...

Teman pun meniaga rempah, yob...



HAAH!!! Inilah yang aku dok cari sepanjang malam; anak - anak muda berkeliaran di kala malam. Kat sebelah sana, ada ayang ngan aling dok berguru senda...tapi tak berani ambik dekat - dekat...ni pun ambik dari tingkat atas bangunan pasar.



EPISOD 2: 29 RAMADHAN akan menyusul tak lama lagi...

Sunday, 5 October 2008

Pertemuan yang ditakdirkan...(kisah benar)

Ianya berlaku pada malam 30 Ramadhan, malam terakhir untuk mengerjakan solat sunat Tarawikh. Aku tiba di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar kira - kira jam 8.45 malam. Ketika itu, jemaah yang berada di dalam masjid sedang duduk tahiyyat akhir. Aku telahpun menjamakkan solatku di rumah.

Selesai mereka (jemaah) berdoa, aku terus menuju ke pintu masuk dewan solat untuk menyerbu ke arah saf yang paling hadapan. Tiba - tiba, suara yang lembut nan merdu memanggil - manggil namaku,

"Abang Karim, Abang Karim."

Aku seolah - olah mengecam suara itu, tapi di mana? Aku toleh ke belakang...

Tahu - tahu sahaja, aku bertentang mata dengan si dia; kekasih yang telah terpisah selama enam tahun, kekasih yang menjadi anak didikku sewaktu aku memimpin Persatuan Agama Islam di sekolah dahulu, kekasih yang bersama - sama denganku di dalam perjuangan menghidupkan Islam di sekolah yang sekular.

Inilah rakaman perbualan kami:

Karim: Ya Allah!!! @@@@@@!!!

@@@@@@: Abang Karim, tak sangka kita berjumpa di sini.

Karim: Ya. Lama benor. Enam tahun ada?

@@@@@@: Ada kot...

Karim: Awak pindak ke Putrajaya tahun 2002, kan?

@@@@@@: Ha'ah betullah. Tadi tengok dari jauh, macam kenal aje. Rupanya Abang Karim. Abang masih macam dulu, ek? Gaya budak tahfiz; dengan jubahnya, serbannya. Tu yang rasa macam pernah jumpa aje. Eh, abang asal orang Kuala ke?

Karim: Ye lah. Kan abang pernah cakap kat awak dulu? Abang ingat lagi, abang khabor yang kampung abang di Bukit Chandan. Awak pun kata keluarga awak asal Kuala jugak, kan? Di.....Sayong!!! Betul tak?

@@@@@@: Betullah tu. @@@@@ pun asalnye Chandan jugak. Kampung belakang istana tu.

Karim: Kampung....Kampung Sg. Siput.

@@@@@@: Ha'ah. Tapi kemudiannya beralih ke Sayong. Abang kat mana sekarang ni? Melepak kat Subang Jaya lagi ke?

Karim: Tak lah. Abang ada kat Pulau Pinang, belajor.

@@@@@: Owh, gitu rhupenye ye, yob? Lama dah ke?

Karim: Di Pinang, baru 9 bulan. Asalnye belajor di Shah Alam. Kemudian deme pindahkan kita, tu yang awak langsung kat Pinang. Ate, awak mengaji mana sekarang ni?

@@@@@: Tak belajor, bang.

Karim: ??? Kamu cuti ke? Ke, baru habis mengaji?

@@@@@: Sebenarnya...@@@@@ tak minat belajar...


Terkejut aku dek kata - katanya.

@@@@@: @@@@@ koje sekarang ni...kat mahkamah...di Putrajaya. Jadi kerani hakim.

Karim: Takde ke cadang nak mengaji kemudian?

@@@@@: Tak, kot...


Banyak lagi yang hendak aku tanyakan padanya, tapi nasib tak kena, kerana bilal dah bertasbih. Maka, selepas melafazkan ayat - ayat perpisahan, aku bergegas masuk ke dewan solat demi merembat saf depan, @@@@@ bergegas ke arah belakang masjid.

Aku kenal sungguh @@@@@, dan keluarga beliau. Ayahnya kenal aku. Kami selalu berjumpa di masjid dekat dengan rumah aku. Berat bila memikirkan tentang nasib dirinya. Mereka dahulu (sewaktu menetap di S.J.) bukannya orang senang. Entah, kot dah pindah Putrajaya murah rezeki mereka.

Pilu hatiku dibuatnya, apabila tergamak dia berkata depan aku bahawa dia tak berminat nak belajar, sedangkan dia tahu, 6 tahun yang lalu, aku tengking budak - budak Melayu Islam di sekolahku, yang menganggotai Persatuan Agama Islam, yang mencetus masalah disiplin, dan menampakkan tiada minat untuk belajar.

Dialah, di kalangan orang - orang yang seangkatan dengannya yang tampil ke hadapan untuk bersama - sama denganku menaikkan martabat Persatuan Agama Islam, tatkala orang - orang lain melarikan diri untuk bersama - sama dengan Leo Club, Interact Club, dan macam - macam lagi.

Mudah - mudahan, dipermudahkan baginya untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Upon all, mudah - mudahan dibuka matanya agar dapat melihat hakikat dunia pada hari ini, serta terbuka hatinya untuk pergi menuntut ilmu demi kebaikan dirinya, keluarganya, serta mereka - mereka yang berkenaan.



Ketahuilah, wahai pembaca - pembaca sekalian:
1. Kekasihku = sahabatku/anak buahku/anak didikku
2. Kekasihku itu bukannya perempuan
3. Kekasihku = @@@@@@ = Aizul Syafi bin Zulkifli
4. Barangsiapa sangka kekasihku itu adalah seorang manusia dari kalangan perempuan, ketahuilah bahawa beliau telah dikelepet :p
5. Sesungguhnya ini hanyalah taktikku untuk menarik perhatian pembaca, kerana fitrah manusia suka pada yang ganjil. Namun, ini adalah kisah yang benar - benar berlaku

Saturday, 4 October 2008

Salam 'Eid-ul-Fitr 1429H / Eid Mubarak 1429H

Salam 'Eid-ul-Fitr diucapkan kepada semua; sahabat - sahabat, kawan - kawan, saudara - mara, yang dikenal, yang tidak dikenal, yang dikenal tapi buat - buat tak kenal, serta yang tak dikenal, tapi buat - buat kenal.

Maaf Zahir & Batin.

Nantikan Kronologi Kuala Kangsar 28-30 Ramadhan 1429H, Kronologi 1-3 Syawal 1429H, serta Peristiwa Bergambar.


ABDUL KARIM BIN AHMAD FAUZI
KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN,
MALAYSIA
(4 Oktober 2008 / 4 min shahr as-Syawal 1429H)