Sunday, 19 October 2008

3 hari Syawal (episod 1: 1 Syawal 1429H)

1 Syawal 1429H
Malam raya, aku tak boleh tidur. Bukan kerana seronok nak raya, tapi kerana budak - budak main meriam buloh. Suboh 1 Syawal, hujan melanda Kuala Kangsar. Namun, Alhamdulillah, menjelang pukul 7 pagi hujan sudah berhenti. Pagi itu, kami menunaikan solat Eidulfitri di Masjid Ridzwaniah. Masjid ini merupakan tempat aku menunaikan tarawikh dan sembahyang raya sejak sekian lamanya, walaupun dahulunya Masjid Ubudiah hanya terletak seberang jalan dari rumah Opah.

Sekembalinya ke rumah, aku menjadi terkejut beruk...beruk aku pun terkejut.

Abah sekeluarga nak ke rumah Mak Ija di Bandar Perda, Bukit Mertajam, memandangkan nenek di sana (kalau ikutkan, tahun ini patut beraya di Kampar, Perak). Aku sangka balik hari, rupanya nak tidur di sana sekali. Diajaknya aku, aku tak mahu. Sebab? Ate, teman belajor kat situ, mastautin kat situ, takde koje nak patah balik. Buat muka tebal aje...

Maka, secara rasminya, tahun ini aku beraya berseorangan...tapi aku gagahkan diri. Selepas abah bertolak, aku pun bersiap nak pergi beraya. Mula - mula, aku pergi ke Rapat Setia, Ipoh, ziarah Tok Azmi (hari ini keluarga belah emak, kerana kalau ikut giliran, tahun ini beraya di rumah nenek sebelah emak).

Di sepanjang lebuhraya, aku dok berfikir; macam mana gamaknye aku nak beraya ni? Bukannya kuat bersembang aku dengan deme ni...(as it turns out to be, sembang rancak, macam sembang dengan kawan - kawan sendiri).

Aku tiba di rumah Tok Azmi jam 12 tengahari. Di situ aku tersangkut selama sejam, sebab ramai tetamu (non-Muslim). Tambahan, selagi aku belum makan, Opah Ji tak bagi balik. Maka aku habiskan masa sembang dengan tetamu. Dah lama tak sembang dengan non-Malay/non-Muslim. Banyak perkara yang disembangkan. Cuma yang dok buat leceh, entah kenapa bila ditanya kat mana aku belajar, aku seolah - olah terkunci lidah nak sebut UiTM, ekoran demonstrasi pelajar UiTM kelmarin.

Beransur sahaja dari rumah Tok Azmi, aku solat terdahulu di masjid seberang jalan besar. Selesai solat, aku beransur meninggalkan Ipoh (walaupun ramai lagi sanak - saudara di Ipoh; Sg. Rokam, Tambun, Tasek [sebelah abah], tapi aku masih belum 'mahir' dengan mereka. Tambahan, kalau kata aku kenal mereka sekalipun, belum tentu mereka ingat aku siapa).

Mula - mulanya nak ke Gopeng, ziarah kawan lama, Khalissani. Tapi, tahun ini dia pecah tradisi, keluar beraya. Maka, aku terus menghala ke Teluk Intan. Aku keluar di Bidor. Jalanraya Bidor - Teluk Intan teruk betul; berlubang, retak. Punya sakit hati aku.

Aku tiba di Teluk Intan pada jam 3.30 petang. Mula - mula aku ke rumah Tok Man. Tok Man ajak makan nasi minyak. Biasanya aku makan, tetapi kali ini, aku memandu, tambahan pula, lepas ini aku nak kena pulang semula ke Kuala Kangsar. Sembang - sembang, kemudian ke rumah Tok Cho. Sembang - sembang, kemudian ke rumah Tok Yang. Rumah ini yang aku duduk lama, sebab Nek Ya memang kuat bersembang.

Waktu aku tinggalkan rumah Tok Yang, jam menunjukkan 5.50 petang. Dalam perjalanan pulang, aku singgah isi minyak di pekan. Kemudian...wahyu turun....

Aku teringat, kalau tak silap, jalan menghala ke Kampar ada simpang yang tembus melalui Tapah Road, kemudian ke Tapah. Selamatlah aku daripada jalan yang aku harung tadi. Maka bertolaklah aku ke Tapah road melalui jalan Chenderong Balai (shortcut ini, arwah Atok yang ajar dulu. Jimat 20 minit. Kalau tak, kena tembus kat Langkap).

Aku tiba di Kuala Kangsar pada jam 8 malam. Maka, berakhirlah seharian beraya ke sana - sini.

Masa kecil dulu, semangat beraya didorong oleh faktor duit raya. Kini, ianya didorong oleh semangat hendak mengelakkan lost-contact sesama sanak - saudara (sungguhpun aku tak nafikan duit raya tetap dapat, berlipat ganda pulak tu...). Ini kerana, ramai (dua pupu, tiga pupu dll.) yang se-generasi dengan aku sudah mula tidak mengenali sesama ahli keluarga yang bukan dari kerabat terdekat.

No comments: