Friday, 17 October 2008

Termakan dek kata - kata sendiri...

Awal Ramadhan 2003, seminggu sebelum menduduki peperiksaan SPM, aku bersembang dengan cikgu kelas aku, Pn. Norhafidzah Omar mengenai alam universiti. Dalam keasyikan bersembang itu, cikgu aku berkata,

"Karim, cikgu perhatikan selama awak kat sekolah ini, girlfriend tak ada, ber-couple pun tidak, parti - parti kat rumah budak perempuan pun awak tak pernah jejak, dengar ceritanya. Baguslah tu. Awak tak payahlah susah - susah nak cari 'kawan' sekarang ni. Esok lagi ramai orang yang awak jumpa. Bila rasa dah 'tiba masa', toleh ke belakang, ambil seorang yang terbaik dari kalangan mereka."

Aku pun membalas,

"Alaa cikgu. Kalau katakan saya gatal pun, siapalah yang nak boyfriend yang pegang jawatan Pengerusi Persatuan Agama Islam. Lagipun, tak pasal - pasal kena maki dengan ustaz Baharom. Silap hari, pengetua pun menyesal bagi 'pas percuma' masuk pejabat dia."

"Eh, awak jangan main - main, Karim. Awak masuk universiti esok, macam - macam jenis orang ada. Sini awak bolehlah eksyen, orang 'kampung' awak. Esok, kawan - kawan awak datang dari seluruh pelusuk negara, macam - macam perangai, kerenah, citarasa. Mark my words, orang macam awak pun mesti ada yang syok punya."

"Hmmmm..."

"Orang boleh berubah bila masuk universiti. Cikgu tak boleh nak bayangkan kalau esok awak pergi buat perangai tak senonoh; ber-couple lah, jalan berdua - duaan, masuk keluar rumah perempuan ikut suka awak."

Mendengarkan hal ini, aku risau juga kalau satu hari nanti, Abdul Karim pada hari ini adalah mala'un jalanan pada hari esok. Lalu aku membuat perjanjian di hadapan cikgu aku,

"Saya berikrar bahawa saya tidak akan bercouple dengan mana - mana perempuan, dan tidak akan membuat kerja - kerja tak senonoh. Dan saya tidak akan menjejak kaki ke rumah mana - mana perempuan yang bukan mahram saya, atau ahli keluarga saya, melainkan dengan niat untuk mengahwininya."

Pada waktu itu, aku masih berfikiran mentah, jadi tak terlayan sangat akan kata - kata sendiri.

Sewaktu Aidilfitri tahun 2005, seorang budak perempuan yang sama kuliah dengan aku menjemput kami ke rumah terbukanya. Tapi, hanya aku tak dapat pergi kerana ada urusan yang lebih penting.

Aidilfitri 2006, aku dijemput oleh seorang muslimat yang merupakan rakan sejawat di dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari ke rumah terbukanya. Aku sudah berpakat dengan rakan - rakan lain untuk ke rumahnya. Tahu - tahu sahaja, malam sebelum rumah terbuka itu, dengan hanya sekali bersin, aku terus demam, dan ianya berlarutan selama dua tiga hari.

Sedang aku terbaring, aku teringat janji aku dengan cikgu aku. Lalu aku terfikir sebentar, adakah Tuhan mendengar janji aku ketika itu? Apabila mengenangkan kehidupanku sebelum itu, baru aku perasan seolah - olah aku 'dihalang' daripada perkara - perkara maksiat.

Aku tak nafikan pada peringkat awal alam pengajianku, aku minat pada sebilangan budak perempuan yang dikatakan 'baik budi pekerti'. Sampai satu tahap, aku terasa seolah - olah aku nak 'chup' mereka. Tapi, as fate has it, seorang demi seorang mula menunjukkan sifat gelap mereka di hadapan aku, apabila mereka berubah menjadi watak - watak yang bersosial tanpa batas. Ikuti kisah seterusnya...

2 comments:

Nurul Imma Mansor said...

Assalamualaikum w.b.t... kepada sahabat dirahmati Allah. Mungkin sesetangah sahabat muslimat yang enta tenui itu menunujukkan sikap gelapnya dek kerana mereka terlupa akan batas-batas pergaulan. Namun bagiku, jika benar dirimu mengaku dirimu adalah sahabat tidak kira kepada siapa sekalipun, selamatkanlah mereka dari terus 'terlena'. Pesanku... gunalah cara yang berhikmah agar ukhwwah terus terpelihara dan diredhai ALLAH. sekian... Ukhwwah fillah.

Arzussauq said...

Wa'alaikumussalam. Untuk makluman opah (naurah_haqqul), mereka ini bukan apa yang diklasifikasikan sebagai 'muslimat' oleh orang awam, tetapi budak - budak biasa. Dan bukannya ana tidak pernah 'selamatkan' mereka daripada terlena, bahkan dahulunya kerap mengingatkan mereka, sampai ke tahap mereka mula berubah. Namun, ianya tidak kekal lama, apabila mereka diatasi oleh rakan - rakan mereka yang kuat bersosial. Dan pada ketika itu, ana pun dah tak boleh nak mencelah. Pada ketika itu, PMH pun belum wujud. Hakikatnya sekarang, mereka semua kini bertebaran di atas muka bumi Malaysia, sebahagiannya "lost-contact". Sekadar maklumat tambahan, ana tak pernah reti istilah sebenar 'muslimat', atau orangnya, sehingga selepas ana masuk PMH, dan juga peringkat seterusnya. Harap maklum.