Ianya berlaku pada malam 30 Ramadhan, malam terakhir untuk mengerjakan solat sunat Tarawikh. Aku tiba di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar kira - kira jam 8.45 malam. Ketika itu, jemaah yang berada di dalam masjid sedang duduk tahiyyat akhir. Aku telahpun menjamakkan solatku di rumah.
Selesai mereka (jemaah) berdoa, aku terus menuju ke pintu masuk dewan solat untuk menyerbu ke arah saf yang paling hadapan. Tiba - tiba, suara yang lembut nan merdu memanggil - manggil namaku,
"Abang Karim, Abang Karim."
Aku seolah - olah mengecam suara itu, tapi di mana? Aku toleh ke belakang...
Tahu - tahu sahaja, aku bertentang mata dengan si dia; kekasih yang telah terpisah selama enam tahun, kekasih yang menjadi anak didikku sewaktu aku memimpin Persatuan Agama Islam di sekolah dahulu, kekasih yang bersama - sama denganku di dalam perjuangan menghidupkan Islam di sekolah yang sekular.
Inilah rakaman perbualan kami:
Karim: Ya Allah!!! @@@@@@!!!
@@@@@@: Abang Karim, tak sangka kita berjumpa di sini.
Karim: Ya. Lama benor. Enam tahun ada?
@@@@@@: Ada kot...
Karim: Awak pindak ke Putrajaya tahun 2002, kan?
@@@@@@: Ha'ah betullah. Tadi tengok dari jauh, macam kenal aje. Rupanya Abang Karim. Abang masih macam dulu, ek? Gaya budak tahfiz; dengan jubahnya, serbannya. Tu yang rasa macam pernah jumpa aje. Eh, abang asal orang Kuala ke?
Karim: Ye lah. Kan abang pernah cakap kat awak dulu? Abang ingat lagi, abang khabor yang kampung abang di Bukit Chandan. Awak pun kata keluarga awak asal Kuala jugak, kan? Di.....Sayong!!! Betul tak?
@@@@@@: Betullah tu. @@@@@ pun asalnye Chandan jugak. Kampung belakang istana tu.
Karim: Kampung....Kampung Sg. Siput.
@@@@@@: Ha'ah. Tapi kemudiannya beralih ke Sayong. Abang kat mana sekarang ni? Melepak kat Subang Jaya lagi ke?
Karim: Tak lah. Abang ada kat Pulau Pinang, belajor.
@@@@@: Owh, gitu rhupenye ye, yob? Lama dah ke?
Karim: Di Pinang, baru 9 bulan. Asalnye belajor di Shah Alam. Kemudian deme pindahkan kita, tu yang awak langsung kat Pinang. Ate, awak mengaji mana sekarang ni?
@@@@@: Tak belajor, bang.
Karim: ??? Kamu cuti ke? Ke, baru habis mengaji?
@@@@@: Sebenarnya...@@@@@ tak minat belajar...
Terkejut aku dek kata - katanya.
@@@@@: @@@@@ koje sekarang ni...kat mahkamah...di Putrajaya. Jadi kerani hakim.
Karim: Takde ke cadang nak mengaji kemudian?
@@@@@: Tak, kot...
Banyak lagi yang hendak aku tanyakan padanya, tapi nasib tak kena, kerana bilal dah bertasbih. Maka, selepas melafazkan ayat - ayat perpisahan, aku bergegas masuk ke dewan solat demi merembat saf depan, @@@@@ bergegas ke arah belakang masjid.
Aku kenal sungguh @@@@@, dan keluarga beliau. Ayahnya kenal aku. Kami selalu berjumpa di masjid dekat dengan rumah aku. Berat bila memikirkan tentang nasib dirinya. Mereka dahulu (sewaktu menetap di S.J.) bukannya orang senang. Entah, kot dah pindah Putrajaya murah rezeki mereka.
Pilu hatiku dibuatnya, apabila tergamak dia berkata depan aku bahawa dia tak berminat nak belajar, sedangkan dia tahu, 6 tahun yang lalu, aku tengking budak - budak Melayu Islam di sekolahku, yang menganggotai Persatuan Agama Islam, yang mencetus masalah disiplin, dan menampakkan tiada minat untuk belajar.
Dialah, di kalangan orang - orang yang seangkatan dengannya yang tampil ke hadapan untuk bersama - sama denganku menaikkan martabat Persatuan Agama Islam, tatkala orang - orang lain melarikan diri untuk bersama - sama dengan Leo Club, Interact Club, dan macam - macam lagi.
Mudah - mudahan, dipermudahkan baginya untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Upon all, mudah - mudahan dibuka matanya agar dapat melihat hakikat dunia pada hari ini, serta terbuka hatinya untuk pergi menuntut ilmu demi kebaikan dirinya, keluarganya, serta mereka - mereka yang berkenaan.
Ketahuilah, wahai pembaca - pembaca sekalian:
1. Kekasihku = sahabatku/anak buahku/anak didikku
2. Kekasihku itu bukannya perempuan
3. Kekasihku = @@@@@@ = Aizul Syafi bin Zulkifli
4. Barangsiapa sangka kekasihku itu adalah seorang manusia dari kalangan perempuan, ketahuilah bahawa beliau telah dikelepet :p
5. Sesungguhnya ini hanyalah taktikku untuk menarik perhatian pembaca, kerana fitrah manusia suka pada yang ganjil. Namun, ini adalah kisah yang benar - benar berlaku
No comments:
Post a Comment