Monday, 20 October 2008

Salah faham

Salah faham, ataupun misunderstand sering berlaku di kalangan kita. Ia biasanya berpunca daripada tidak memahami apa yang disampaikan atau cuba disampaikan oleh orang lain kepada kita.

Dan apabila berlakunya salah faham tersebut, tempoh untuk menjelaskan semula niat penyampai tersebut bergantung kepada individu; ada yang hanya memerlukan dua tiga minit untuk menjelaskannya. Ada yang memerlukan sejam, sehari, seminggu, sebulan. Ada juga yang perlu membuat liputan media, seminar, ucapan umum dsb..

Pada masa - masa yang lalu, saya pernah, bahkan biasa mengarang artikel - artikel, membuat kenyataan yang mana sekali pandang nampak macam kontroversi, menghentam semua orang sekaligus. Namun, jika dibaca dua tiga kali, baru tahu rupanya dikhususkan kepada pihak - pihak tertentu, dan merangkumi skop - skop tertentu sahaja.

Tak dinafikan, yang tak sepatutnya terkena, mendapat tempias, biasanya 'diheret masuk' oleh yang menjadi sasaran.

Maka, untuk mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa keadaan, saya menyediakan 'perisai' buat mereka, yang mana pada penghujung artikel tertentu, saya akan letak notis berbunyi:

"SIAPA MAKAN CABAI DIA RASA PEDAS. MAKA BARANGSIAPA YANG TIDAK MEMAKAN CABAI, TIADA SEBAB UNTUKNYA BERLAKON SEOLAH - OLAH MEMAKAN CABAI SATU GUNI."

Kadang - kadang...perisai makan tuan jugak...

Artikel kontroversi? Tiada artikel yang tidak kontroversi. Bahkan tidak ada satu penulisan, percakapan, perbuatan yang tidak ada kontroversi terhadapnya, sungguhpun tidak melanggar syariat. Wujudnya kontroversi terhadap sesuatu adalah kerana ianya 'berlawan arus' dengan pemahaman, pendirian, atau mencabar orang yang melabelkan sesuatu itu sebagai kontroversi.

Dalam kes lain, ianya boleh jadi kerana dia enggan menerima hakikat akan apa yang cuba disampaikan, pedas mana sekalipun, lalu cuba untuk menafikannya.

Oleh itu, bagi mengelakkan salah faham sesama kita, selamilah, hayatilah apa yang cuba disampaikan oleh seseorang itu, baik dari segi percakapan, penulisan, mahupun perbuatan. Nampak macam main dalam lumpur, tetapi jangan kita lupa, emas ditemui kerana 'bermain' dalam lumpur.

Dig deep, and you shall find gold lodged amongst the dirt. (Ayat ini, aku reka sendiri).

No comments: