Monday, 27 October 2008

Hindraf hanya bermasalah dengan Umno BUKANNYA Islam

(Artikel ini dipetik daripada akhbar HARAKAH, bil. 1385, edisi Isnin, 27-30 Oktober 2008)


KUALA LUMPUR: Pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorhy mengulangi bahawa pihaknya hanya bermasalah dengan Umno, dan bukannya dengan orang Melayu dan Islam.

"Tuduhan bahawa Hindraf adalah pertubuhan pelampau dan dakwaan (bahawa Hindraf) mengisytiharkan orang - orang Melayu dan Islam sebagai satu - satunya musuh meraka adalah tuduhan yang tidak masuk akal sama sekali dan pembohongan tera - terangan," katanya.

Hindraf juga, kata beliau yang kini berada dalam pelarian di England, tidak pernah menjadi pertubuhan keagamaan.

Ketika mengumumkan pengharaman Hindraf, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar berkata, ksan kegiatan Hindraf itu, akan mncetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.

Menyangkal dakwaan itu, Waythamoorthy berkata, Hindraf hanya membangkitkan hal - hal masyarakat India dan hak - hak penganut agama Hindu yang sah di sisi perlembagaan negara dan dekarasi hak - hak asasi manusia sedunia.

"Kami sentiasa menyatakan bahawa kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan orang Melayu dan Islam tetapi kami mempunyai masalah yang serius dengan Umno, yang bersifat pembuli dan mengamalkan polisi - polisi pecah dan perintah yang bersifat perkauman dan ekstremis untuk terus berkuasa di Malaysia," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Sementara itu, Parti Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindraf seagai tidak wajar kerana langkah itu akn menutup sepenuhnya isu - isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah - masalah lain.

"Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung dengan keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang mrupakan perkara asas tuntutan badan buka kerajaan yang lain," kata Timbalan Presidennya, Dato' Chang Ko Youn.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HINDRAF, sila klik di sini / Click here to read more on HINDRAF

No comments: